Pengenalan Sektor Kesihatan Ibu

  • Sektor Kesihatan Ibu merupakan salah satu unit yang paling awal diwujudkan di bahagian ini.
  • Ia bertujuan untuk merancang, melaksana, memantau dan menilai program serta perkhidmatan kesihatan ibu hamil berasaskan prinsip kesihatan awam iaitu promosi dan pencegahan, pengesanan dan rawatan awal, menghadkan ketidakupayaan dan rehabilitasi.
  • Program Kesihatan Ibu meliputi semua fasa berkaitan iaitu pra-kehamilan, antenatal, intrapartum dan postnatal dengan memberi penekanan ke atas prinsip safemotherhood, di mana ia juga termasuk perancang keluarga.