Objektif

  • Memberi tumpuan kepada kehamilan yang dirancang dari peringkat pra kehamilan dengan memberikan kaunseling tentang penjagaan perubatan yang sesuai untuk mengoptimumkan hasil kehamilan. Ianya termasuk pengurusan senarai semak serta penilaian risiko bagi pelbagai keadaan semasa pra kehamilan.
  • Menjalankan penjagaan dan perkhidmatan saringan bagi setiap trimester kandungan semasa tempoh antenatal/ibu mengandung sama ada dalam keadaan kandungan biasa serta pengendalian kes antenatal/ibu mengandung yang berisiko tinggi dan berkomplikasi.
  • Memberi penjagaan optimal kepada ibu semasa proses kelahiran dan mengenal pasti serta memberikan intervensi yang tepat bagi sebarang keadaan yang tidak normal semasa proses kelahiran.
  • Memberi maklumat bagi penjagaan semasa postnatal serta mengenal pasti awal masalah selepas bersalin.
  • Memberi penjagaan dan perawatan kesihatan ibu postnatal di rumah dan di klinik serta mengesan keadaan luarbiasa dan merujuk awal bagi mengelakkan komplikasi
  • Memberi promosi dan pendidikan Kesihatan, bimbingan, kaunseling penjagaan pra kehamilan, antenatal, intrapartum, postnatal serta perancangan keluarga