Page 6 - risalah myCPD BSKB
P. 6

KATEGORI MATA KREDIT CPD PROFESION SAINS KESIHATAN BERSEKUTU


               Sistem CPD bagi Profesion Sains Kesihatan Bersekutu memerlukan setiap pegawai
               untuk  mendaftar  di  dalam  sistem  myCPD.  Sistem  ini  boleh  dicapai  di

               www.mycpd.moh.gov.my.  Untuk  membuat  tuntutan  markah  CPD,  pegawai  perlu

               mengetahui  kategori  pembelajaran  yang  telah  diikuti  mengikut  kategori  yang  telah
               ditetapkan. Terdapat sebelas (11) kategori iaitu Kategori A bagi pembelajaran yang

               berkaitan bidang tugas (core) dan tiga (3) Kategori B adalah bagi pembelajaran
               kategori  yang  tidak  berkaitan  bidang  tugas  (non-core)  tetapi  menyumbang  ke

               arah  peningkatan  kendiri.    Maksud  bidang  tugas  adalah  tugas-tugas  yang  telah

               ditetapkan  dalam  Sasaran  Kerja  Tahunan  (SKT)  atau  tugas-tugas  yang  telah
               ditetapkan  mengikut  gred/jawatan.  Di  dalam  bahagian  ini,  kategori  mata  kredit  ini

               akan diperjelaskan agar setiap tuntutan yang dibuat adalah tepat.


               Bagi memastikan  setiap  aktiviti  telah dihadiri oleh  pegawai,  dokumen  pengesahan
               kehadiran  hendaklah  disertakan  dan  disimpan  oleh  pegawai.  Contoh  dokumen

               pengesahan  adalah  seperti  surat,  sijil  dan  senarai  kehadiran.  Bagi  pegawai  di

               Kementerian  Kesihatan  Malaysia,  setiap  aktiviti  CPD  perlu  mendapat  pengesahan
               dari Pegawai Penilai Pertama manakala bagi pegawai di sektor swasta, pengesahan

               dokumen akan dilaksanakan oleh Majlis profesion masing-masing secara berkala.






















                                                            5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11