Page 5 - risalah myCPD BSKB
P. 5
PENGENALAN
Organisasi yang cemerlang memerlukan anggota kerja terdiri daripada mereka yang
mempunyai ilmu pengetahuan yang luas serta terkini. Sehubungan itu, bagi
merealisasikan matlamat ini pelbagai usaha dan kaedah perlu dilaksanakan bagi
mencapai hasrat tersebut. Organisasi juga perlu memastikan anggota kerja dapat
melengkapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran, nilai dan amalan professional
berteraskan pembangunan kompetensi, pembelajaran berterusan dan laluan
kerjaya.
Program Continuing Professional Development (CPD) yang telah diwujudkan di
Kementerian Kesihatan Malaysia sejak 2007 merupakan salah satu kaedah bagi
meningkatkan kompetensi pegawai. CPD ini merupakan satu program yang
menyumbangkan kepada pertambahan ilmu pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman yang mana boleh meningkatkan profesionalisme pegawai di dalam
bidang masing-masing. Continuing Professional Development didefinisikan sebagai
pelbagai aktiviti pembelajaran di mana professional kesihatan mengekalkan dan
membangunkan kerjaya mereka dengan pembelajaran sepanjang hayat bagi
memastikan professional dapat mengamal dan memberikan perkhidmatan secara
selamat dan berkesan (Allied Health Professions project, ‘Demonstrating
Competence Through CPD’,2002’, HCPC).
Program CPD adalah penting dan relevan dengan Profesion Sains Kesihatan
Bersekutu. Selain dari mempertingkatkan ilmu menggunakan kaedah CPD, ia
digunakan bagi tujuan memperbaharui sijil amalan (practicing certificate) dan juga
memenuhi keperluan Latihan 7 hari setahun bagi penjawat di Kementerian
Kesihatan Malaysia. Dengan program CPD ini, Profesion Sains Kesihatan Bersekutu
akan mempertingkatkan ilmu selari dengan kemajuan yang dicapai supaya dapat
memberikan rawatan perubatan yang terbaik dan terkini kepada masyarakat.
Risalah ini hendaklah dibaca bersama Garis Panduan Pelaksanaan
Pembangunan Profesional Berterusan [Continuing Professional Development
(CPD)].
4

