Page 3 - risalah myCPD BSKB
P. 3
Prakata YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia Malaysia
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sihat 1Malaysia.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Bahagian Sains
Kesihatan Bersekutu dalam menghasilkan Risalah Pembelajaran Mengikut Mata
Kredit CPD, Profesion Sains Kesihatan Bersekutu, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Tekanan perubahan ekonomi, kemajuan teknologi dan persekitaran global, yang
menyebabkan berlakunya perubahan persekitaran di tempat kerja, memerlukan
setiap ahli Sains Kesihatan Bersekutu sentiasa bersedia untuk menambah ilmu
pengetahuan mereka bagi memberikan perkhidmatan yang terkini dan selamat. Oleh
yang demikian, pembelajaran berterusan merupakan salah satu strategi yang
digunakan bagi memastikan tenaga kerja Sains Kesihatan Bersekutu di Malaysia
mampu bersaing di peringkat nasional dan global.
Dengan adanya risalah pembelajaran ini, ahli Sains Kesihatan Bersekutu dapat
membuat rujukan tentang pelbagai kaedah pembelajaran yang dapat diterokai agar
setiap ahli Sains Kesihatan Bersekutu dapat melengkapkan diri dengan ilmu
pengetahuan yang tinggi serta berkemahiran dalam bidang tugas masing-masing. Ini
seterusnya akan dapat melahirkan ahli Sains Kesihatan Bersekutu yang profesional
serta dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit atau klien.
Saya berharap agar semua ahli Sains Kesihatan Bersekutu mendapat manfaat
dalam penggunaan risalah ini dan seterusnya berusaha meningkatkan mutu
penyampaian perkhidmatan untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.
Terima kasih,
YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
2

