Page 4 - risalah myCPD BSKB
P. 4
Prakata Puan Hajah Che Ruhani binti Che Ja’afar
Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu
Kementerian Kesihatan Malaysia
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,
Profesion Sains Kesihatan Bersekutu di Kementerian Kesihatan Malaysia telah
menggunakan sistem myCPD sejak tahun 2010 bagi menggantikan Komponen
Fungsional dalam Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Penggunaan Sistem myCPD
ini turut dipanjangkan kepada Profesion Sains Kesihatan Bersekutu (Kumpulan
Pelaksana) pada tahun 2013. Kementerian Kesihatan juga menggambil langkah
proaktif dan akan memperluaskan penggunaan Sistem myCPD ini kepada Profesion
Sains Kesihatan Bersekutu yang berada di agensi kerajaan lain dan juga swasta.
Continuing Professional Development (CPD) merupakan satu program pembelajaran
berterusan secara sistematik yang menyumbang kepada pertambahan ilmu
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang mana boleh meningkatkan
profesionalisme ahli Sains Kesihatan Bersekutu di dalam bidang masing-masing.
CPD juga merupakan satu salah satu alat yang penting bagi memastikan setiap ahli
Sains Kesihatan Bersekutu dapat melaksanakan tugasan secara sistematik, tepat,
konsisten dan berkualiti.
Saya mengucapkan tahniah dan setinggi penghargaan kepada pegawai-pegawai di
Cawangan Pembangunan Profesion, Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu dan juga
pegawai-pegawai daripada Jawatankuasa CPD Profesion Sains Kesihatan
Bersekutu yang telah menyumbangkan idea dan berkorban masa dan tenaga dalam
menyiapkan risalah ini. Dengan usahasama ini diharapkan akan membantu
meningkatkan taraf perkhidmatan Sains Kesihatan Bersekutu.
Semoga ASKB akan terus maju jaya serta dapat memberikan sumbangan dan
membangkitkan semangat untuk lebih cemerlang demi membangunkan negara kita,
Malaysia.
Yang ikhlas,
Hajah Che Ruhani binti Che Ja’afar
Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu
Kementerian Kesihatan Malaysia
3

