Majlis Pelancaran Kempen ’You Are What You Eat : Colours of Life’
Sekitar Majlis Pelancaran Kempen ’You Are What You Eat : Colours of Life’ bertempat di AEON Mall Shah Alam yang telah dirasmikan oleh YB Dato' Timbalan Menteri Kesihatan. Kempen yang diadakan atas inisiatif AEON Co. sendiri dengan kerjasama Bahagian Pemakanan, KKM ini memberi fokus kepada mempromosikan penjualan sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam usaha pihak AEON Co. membantu menggalakkan pengambilan sayur dan buah yang mencukupi dalam kalangan rakyat Malaysia.
Aktiviti Pemakanan Sihat di Pasar Raya yang melibatkan pasar raya AEON di seluruh Malaysia telah lama diperkenalkan sejak tahun 2011 lagi dan aktiviti ini dijalankan di dalam pasar raya yang melibatkan sekumpulan peserta yang terdiri daripada pengunjung pasar raya.