cawangan perancangan
BAHAGIAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Portal ini merupakan salah satu sumber informasi mengenai maklumat kakitangan dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di bawah Cawangan Perancangan seiring dengan dasar, visi dan misi KKM. Sektor ini berperanan memberikan khidmat nasihat teknikal serta menguruskan perkembangan Cawangan Perancangan dan pengurusan fasiliti
UNIT PERKEMBANGAN KEJURUTERAAN
- Merancang dan melaksanakan pemeriksaan dan penilaian infrastruktur sanitasi bagi fasiliti kesihatan.
- Merancang dan mengurus kontrak pengurusan tempat letak kereta di fasiliti KKM.
- Merancang dan mengurus penjawatan bagi skim perkhidmatan kejuruteraan, KKM.
- Merancang dan mengurus Latihan bagi Skim Perkhidmatan Kejuruteraan KKM.
- Merancang dan menyelaras peperiksaan jabatan bagi skim perkhidmatan kejuruteraan KKM.
- Mengurus perkembangan profesion kejuruteraan.
UNIT PENGURUSAN FASILITI
- Merancang dan mengurus aset tak alih Kementerian Kesihatan meliputi dari segi penerimaan, pendaftaran, penilaian keadaan, pelupusan dan kehilangan hapus kira.
- Memantau dan menilai pencapaian pelan pelaksanaan aktiviti setiap fasa dalam kitaran hayat aset.
- Mengurus permohonan ABM, keperluan sumber, latihan kompetensi, audit dan rekod-rekod aset tak alih.
- Mengendali mesyuarat-mesyuarat MKSP, JKPAK (Fasiliti), penyelarasan penggurusan di peringkat Kementerian.
- Mengurus pelantikan Lembaga Pemeriksan Pelupusan, Ahli Jawatankuasa Penyiasat (kehilangan/hapus kira), Panel penilai teknikal dan Pihak pelaksana sekiranya berhubung dengan pihak ketiga.
UNIT PENYELIDIKAN KEJURUTERAAN KESIHATAN
- Melaksanakan kajian/penyelidikan di dalam bidang Kejuruteraan Biomedikal dan Penjagaan Kesihatan.
- Memberi khidmat nasihat teknikal bagi aspek kefungsian, keselamatan dan aspek-aspek lain.
- Melaksanakan penilaian teknikal ke atas spesifikasi/ rekabentuk/ prototaip penyelidikan.
- Merancang dan merangka strategi bagi peluasan penggunaan teknologi kejuruteraan baru dalam aspek pembinaan, pengoperasian dan penyelenggaraan di semua fasiliti KKM.
- Menilai dan menyelaras penggunaan teknologi kejuruteraan yang berkualiti dan selamat.
UNIT TEKNIKAL DAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN
- Merancang dan menyelaras pelan RMK dan peruntukkan pembangunan serta peruntukkan mengurus BPKj.
- Merancang dan menyediakan garis panduan dan piawaian rekabentuk bangunan dan sistem kejuruteraan.
- Merancang dan menyelaras pewujudan rekabentuk, kod dan standard bagi disesuaikan dengan perubahan teknologi dan rawatan kesihatan.
- Mengurus penilaian dan kelulusan bahan, peralatan, spesifikasi, dan teknologi kesihatan.
- Menyelaras penilaian perlaksanaan projek PPP di bawah KKM.
- Merancang dan mengurus kontrak pembekalan ambulan di fasiliti KKM
UNIT PENJAGAAN KESIHATAN SWASTA
- Merancang, mengkaji, menyemak semula dan menyediakan akta, polisi, strategi, kod amalan dan garis panduan kejuruteraan.
- Semakan pelan kejuruteraan bagi permohonan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta.
- Menjalankan lawatan pemeriksaan bersama CKAPS untuk verifikasi kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta.
- Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Penilaian Permohonan Lesen dan Pendaftaran Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta.
- Memberi khidmat nasihat teknikal kepada CKPAS/ premis swasta.
Hubungi Kami
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
BAHAGIAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN
ARAS 3-7, BLOK E3, PARCEL 3, PRESINT 1,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62590 PUTRAJAYA, MALAYSIA
03-8000 8000
BAHAGIAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN
ARAS 3-7, BLOK E3, PARCEL 3, PRESINT 1,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62590 PUTRAJAYA, MALAYSIA
03-8000 8000








