Sejarah Penubuhan
1968
Unit Kejuruteraan ditubuhkan
Unit Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1968. Tujuan utama unit ini ditubuhkan adalah bagi melaksana dan memantau Program Kebersihan Alam Sekitar Luar Bandar (Rural Environmental Sanitation Programme, RESP).
1968
1976
Program Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS)
Pada tahun 1976, RESP telah diperkembangkan kepada Program Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS) di bawah Rancangan Malaysia Ketiga (RMK-3) di semua negeri dan pada tahun yang sama juga tertubuhnya Unit Keselamatan Sinaran.
1980
Unit Kejuruteraan Hospital
Pada tahun 1980, Unit Kejuruteraan Hospital telah diwujudkan.
1980
1981
Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan (BPKj)
Pada tahun 1981, Unit Kejuruteraan telah dinaiktarafkan kepada Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan (BPKj) yang terdiri daripada BAKAS (Semua Negeri), Unit Keselamatan Sinaran dan Unit Kejuruteraan Hospital (Semua Negeri).
1983
Program Kawalan Mutu Air Minum (KMAM)
Pada tahun 1983, Program Kawalan Mutu Air Minum (KMAM) telah diwujudkan di semua peringkat Jabatan Kesihatan Negeri dan diletakkan di bawah kawalseliaan BPKj.
1983
1996
Program Perlindungan Kesihatan Alam Sekitar (PEKA) dan Keselamatan Sinaran
Pada tahun 1996, Program Perlindungan Kesihatan Alam Sekitar (PEKA) dan Keselamatan Sinaran telah diwujudkan di peringkat negeri
1996
Unit Kawalselia Perkhidmatan Sokongan Hospital
Unit Kawalselia Perkhidmatan Sokongan Hospital ditubuhkan pada tahun yang sama.
1996
1996
Pelaksanaan Projek Baru dan Naiktaraf Fasiliti Kesihatan dan Perubatan
BPKj telah mula melaksanaan Projek Baru dan Naiktaraf Fasiliti Kesihatan dan Perubatan di peringkat Ibu Pejabat KKM.
2007
Seksyen Operasi Hospital, Seksyen Operasi Klinik, dan Unit Penjagaan Kesihatan Swasta (UPKS)
BPKj telah diperkembangkan lagi dengan kewujudan Seksyen Operasi Hospital, Seksyen Operasi Klinik, dan Unit Penjagaan Kesihatan Swasta (UPKS).
2007
2019
Sektor Sisa dan Hygiene
Pengurusan berkaitan Sisa dan Hygiene telah diwujudkan bagi menambahbaik perkhidmatan sediada.
Current
Sehingga Kini
Sehingga tahun 2023, program dan aktiviti yang terletak di bawah tanggungjawab BPKj adalah seperti berikut:
Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH)
Perkhidmatan Sokongan Klinik (PSK)
Pelaksanaan Projek Baru, Pembaikan dan Naiktarf
Medical Equipment Enhance Tenure (MEET)
national Environmental Action Plan (NEHAP)
Unit Penjagaan Kesihatan Swasta (UPKS)
Pengurusan Aset Tak Alih (PATA)
Pembaikan dan Senggara Kuarters
BAKAS
KMAM
PEKA
Pengeursan Sisa & Hygiene
Current
