SELAMAT DATANG

SEKTOR KAWALSELIA FASILITI KESIHATAN

SEKTOR KAWALSELIA FASILITI KESIHATAN (KSF)

Sektor Kawalselia Fasiliti Kesihatan merupakan sektor di bawah Cawangan Kejuruteraan Fasiliti Kesihatan. Sektor ini memainkan peranan penting dalam memastikan pengurusan fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dirancang dan dilaksanakan secara menyeluruh, cekap dan berkesan.

Terdapat empat unit utama yang beroperasi dibawah sektor ini, iaitu:

Unit Perkhidmatan Pengurusan Fasiliti (FMS)

  • Bertanggungjawab merangka, merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan pengurusan fasiliti serta sistem pengurusan aset (ASIS) di fasiliti kesihatan KKM bagi memastikan pengurusan dilaksanakan dengan berkesan.

Unit Pengurusan Kontrak (UPK)

  • Bertanggungjawab terhadap pengurusan, penyelarasan dan pemantauan kontrak pengurusan fasilit-fasiliti kesihatan termasuk pematuhan dan pelaksanaan terma kontrak.

Unit Pengurusan Aset Tak Alih (PATA)

  • Memberi tumpuan kepada rangka dan memantau pelaksanaan pelan pengurusan aset tak alih KKM meliputi dari segi penerimaan dan pendaftaran, operasi & penyenggaraan, penilaian keadaan, pemulihan, pemuliharaan, ubah suai dan naik taraf, pelupusan dan termasuk insiden kehilangan atau hapus kira Aset Tak Alih di fasiliti kesihatan KKM.

Unit Kesihatan Swasta (UKS)

  • Mengendalikan inisiatif dan projek kerjasama strategik antara sektor awam dan swasta bagi khidmat nasihat teknikal kejuruteraan bagi pembangunan serta pengurusan fasiliti Kesihatan Swasta/KKM di seluruh negara.

Secara keseluruhannya, sektor ini bertanggungjawab ke atas pengurusan serta kawalselia menyeluruh terhadap pengurusan fasiliti kesihatan dibawah seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia, dengan objektif bagi menjamin penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi, selamat dan mampan kepada rakyat.

SKSF Team