Pasukan Kesihatan Sekolah

Pasukan Kesihatan sekolah bertanggungjawab menjalankan perkhdimatan kesihatan murid. Pasukan ini diketuai oleh seorang Pegawai Perubatan dan dianggotai oleh beberapa orang Jururawat, Pembangtu Pearawat Kesihatan dan Pemandu Kenderaan Bermotor. Pasukan Kesihatan Sekolah akan beroperasi dari Pejabat Kesihatan Daerah atau Klinik Kesihatan

 

Lokasi dan Kawasan Operasi Pasukan Kesihatan Sekolah

Setiap Pejabat kesihatan daerah mempunyai sekurang kurangnya  1 pasukan kesihatan Sekolah.

Cari pasukan kesihatan  berdekatan anda!

 

Liputan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

Bagi tahun 2017,  Pasukan Kesihatan Sekolah telah memberi perkhidmatan  kepada seramai 2,315,479 kanak-kanak pra sekolah, Tahun 1, Tahun 3, Tahun 6, Tingkatan 1, Tingkatan 3 dan Tingkatan 4, iaitu peningkatan sebanyak 1.3% berbanding dengan tahun 2016. Liputan ini diberikan melalui lawatan ke 19,543 buah pra sekolah, 10203 buah sekolah rendah dan 2709 buah sekolah menengah. Perincian bilangan murid yang diperiksa mengikut tahun persekolahan seperti di dalam Jadual 2.

Jadual 2: Bilangan Murid Yang Menerima Perkhidmatan Kesihatan Mengikut Tahun Persekolahan Bagi Tempoh  2012 sehingga 2017

Tahun Persekolahan 

2012

2013

2014

2015

2016

2017

Pra Sekolah

416,928

440,885

465,827

486,277

495754

521,968

Tahun 1

451,264

442,859

447,624

432,314

428840

460,631

Tahun 3

 

2,456

2,523

3,246

3,186

4,102

Tahun 6

465,025

460,233

453,667

415,755

407657

440380

Tingkatan 1

232,705

243,681

226,237

220,789

215,090 

215,604

Tingkatan 3

455,017

445,259

450,243

450,967

404,108

429;258

Tingkatan 4

       

208,381

242, 974

Jumlah Murid Diperiksa

2,020,939

2,0353,73

2,046,121

2,009,348 

2,163,016 

2,071,943 

 Sumber: Pusat Informatik Kesihatan, KKM, (2017)

 

Matlamat & Objektif

 Matlamat

untuk memastikan kesihatan murid berada pada tahap optimum. Perkhidmatan kesihatan secara berkala diberikan kepada murid sekolah bermula dari pra sekolah sehingga murid berada dalam Tingkatan 5. Perkhidmatan yang ditawarkan  merangkumi pendidikan kesihatan, saringan dan pemeriksaan kesihatan, pemberian imunisasi, rawatan dan rujukan awal.

 

Objektif

  1. Mengekalkan status kesihatan murid sekolah yang optimum melalui pemeriksaan dan saringan kesihatan berkala
  2. Pencegahan Penyakit Berjangkit melalui Imunisasi
  3. Mengesan masalah pembelajaran dalam kalangan murid sekolah
  4. Memberi pendidikan kesihatan bersesuain dengan usia murid

 

Skop Perkhidmatan

 

Pakej Perkhidmatan 

Jadual 1: Pakej perkhidmatan Kesihatan Sekolah

Pra Sekolah

Menilai perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak pra sekolah

Tahun 1

Pendidikan kesihatan, Pemberian imunisasi MR dan DT dos tambahan, pemeriksaan kesihatan

Tahun 3

Penilaian dan Pengesahan Murid yang disyaki mempunyai Masalah Pembelajaran

Tahun 6

Pendidikan kesihatan, imunisasi DT pemeriksaan kesihatan, Saringan Skoliosis

Tingkatan 1

Imunisasi HPV untuk murid prempuan

Tingkatan 3

Pendidikan kesihatan, pemeriksaan kesihatan, Saringan Rabun warna

Tingkatan 4

Saringan Thalassaemia dan anemia

 

Pengoperasian Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

Perkhidmatan Kesihatan sekolah dilaksankan oleh Pasukan Kesihatan sekolah. Terdapat lebih dari 600 pasukan kesihatan sekolah di seluruh Malaysia. Setiap pasukan bertanggungjawab memastikan murid dalam kawasan operasi mereka. Lawatan akan dibuat ke sekolah-sekolah dalam kawasan operasi  mengikut jadual lawatan yang telah dipersetujui oleh pihak pengurusan sekolah

Program Bersepadu Sekolah Sihat

Pada tahun 1998, Rancangan Kesihatan Sekolah telah diperkukuhkan dengan pengenalan Program Bersepadu Sekolah Sihat. Konsep yang diadaptasikan dari Health Promoting School  dan healthy setting  oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ini memperkenalkan 6 elemen yang perlu diwujudkan dalam ekosistem sekolah seperti dalam rajah 1.

 

Dengan mengaplikasi konsep PBSS, pihak pengurusan sekolah mengenal pasti isu berhubung kesihatan yang kritikal atau paling kerap berlaku di sekolah dan menetapkan iltizam menyelesaikan masalah melalui penetapan dasar jangka pendek bagi sekolah. perubahan dalam persekitaran sosial dan fizikal  di sekolah serta memberi kemahiran kesihatan kepada warga sekolah. Matlamatnya adalah bagi membentuk  persekitaran sekolah  yang lebih kondusif. Bagi memasyarakatkan aktiviti kesihatan, kerjasama antara pihak pengurusan sekolah, persatuan ibu bapa dan guru, masyarakat adalah digalakkan. Pihak Jabatan Kesihatan pula berperanan memberi nasihat atau input berhubung kesihatan kepada pihak sekolah. Melalui pengurusan kesihatan yang bersistematik, pihak pengurusan sekolah boleh menilai keberkesanan intervensi kesihatan terhadap kesihatan fizikal, mental dan sosial murid di sekolah.