Pada tahun 1998, Rancangan Kesihatan Sekolah telah diperkukuhkan dengan pengenalan Program Bersepadu Sekolah Sihat. Konsep yang diadaptasikan dari Health Promoting School dan healthy setting oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ini memperkenalkan 6 elemen yang perlu diwujudkan dalam ekosistem sekolah seperti dalam rajah 1.

Dengan mengaplikasi konsep PBSS, pihak pengurusan sekolah mengenal pasti isu berhubung kesihatan yang kritikal atau paling kerap berlaku di sekolah dan menetapkan iltizam menyelesaikan masalah melalui penetapan dasar jangka pendek bagi sekolah. perubahan dalam persekitaran sosial dan fizikal di sekolah serta memberi kemahiran kesihatan kepada warga sekolah. Matlamatnya adalah bagi membentuk persekitaran sekolah yang lebih kondusif. Bagi memasyarakatkan aktiviti kesihatan, kerjasama antara pihak pengurusan sekolah, persatuan ibu bapa dan guru, masyarakat adalah digalakkan. Pihak Jabatan Kesihatan pula berperanan memberi nasihat atau input berhubung kesihatan kepada pihak sekolah. Melalui pengurusan kesihatan yang bersistematik, pihak pengurusan sekolah boleh menilai keberkesanan intervensi kesihatan terhadap kesihatan fizikal, mental dan sosial murid di sekolah.