Pasukan Kesihatan sekolah bertanggungjawab menjalankan perkhdimatan kesihatan murid. Pasukan ini diketuai oleh seorang Pegawai Perubatan dan dianggotai oleh beberapa orang Jururawat, Pembangtu Pearawat Kesihatan dan Pemandu Kenderaan Bermotor. Pasukan Kesihatan Sekolah akan beroperasi dari Pejabat Kesihatan Daerah atau Klinik Kesihatan
Lokasi dan Kawasan Operasi Pasukan Kesihatan Sekolah
Setiap Pejabat kesihatan daerah mempunyai sekurang kurangnya 1 pasukan kesihatan Sekolah.
Cari pasukan kesihatan berdekatan anda!
Liputan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
Bagi tahun 2017, Pasukan Kesihatan Sekolah telah memberi perkhidmatan kepada seramai 2,315,479 kanak-kanak pra sekolah, Tahun 1, Tahun 3, Tahun 6, Tingkatan 1, Tingkatan 3 dan Tingkatan 4, iaitu peningkatan sebanyak 1.3% berbanding dengan tahun 2016. Liputan ini diberikan melalui lawatan ke 19,543 buah pra sekolah, 10203 buah sekolah rendah dan 2709 buah sekolah menengah. Perincian bilangan murid yang diperiksa mengikut tahun persekolahan seperti di dalam Jadual 2.
|
Jadual 2: Bilangan Murid Yang Menerima Perkhidmatan Kesihatan Mengikut Tahun Persekolahan Bagi Tempoh 2012 sehingga 2017 |
||||||
|
Tahun Persekolahan |
2012 |
2013 |
2014 |
2015 |
2016 |
2017 |
|
Pra Sekolah |
416,928 |
440,885 |
465,827 |
486,277 |
495754 |
521,968 |
|
Tahun 1 |
451,264 |
442,859 |
447,624 |
432,314 |
428840 |
460,631 |
|
Tahun 3 |
|
2,456 |
2,523 |
3,246 |
3,186 |
4,102 |
|
Tahun 6 |
465,025 |
460,233 |
453,667 |
415,755 |
407657 |
440380 |
|
Tingkatan 1 |
232,705 |
243,681 |
226,237 |
220,789 |
215,090 |
215,604 |
|
Tingkatan 3 |
455,017 |
445,259 |
450,243 |
450,967 |
404,108 |
429;258 |
|
Tingkatan 4 |
208,381 |
242, 974 |
||||
|
Jumlah Murid Diperiksa |
2,020,939 |
2,0353,73 |
2,046,121 |
2,009,348 |
2,163,016 |
2,071,943 |
Sumber: Pusat Informatik Kesihatan, KKM, (2017)
Matlamat
untuk memastikan kesihatan murid berada pada tahap optimum. Perkhidmatan kesihatan secara berkala diberikan kepada murid sekolah bermula dari pra sekolah sehingga murid berada dalam Tingkatan 5. Perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi pendidikan kesihatan, saringan dan pemeriksaan kesihatan, pemberian imunisasi, rawatan dan rujukan awal.
Objektif
- Mengekalkan status kesihatan murid sekolah yang optimum melalui pemeriksaan dan saringan kesihatan berkala
- Pencegahan Penyakit Berjangkit melalui Imunisasi
- Mengesan masalah pembelajaran dalam kalangan murid sekolah
- Memberi pendidikan kesihatan bersesuain dengan usia murid
Skop Perkhidmatan
Pakej Perkhidmatan
|
Jadual 1: Pakej perkhidmatan Kesihatan Sekolah |
|
|
Pra Sekolah |
Menilai perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak pra sekolah |
|
Tahun 1 |
Pendidikan kesihatan, Pemberian imunisasi MR dan DT dos tambahan, pemeriksaan kesihatan |
|
Tahun 3 |
Penilaian dan Pengesahan Murid yang disyaki mempunyai Masalah Pembelajaran |
|
Tahun 6 |
Pendidikan kesihatan, imunisasi DT pemeriksaan kesihatan, Saringan Skoliosis |
|
Tingkatan 1 |
Imunisasi HPV untuk murid prempuan |
|
Tingkatan 3 |
Pendidikan kesihatan, pemeriksaan kesihatan, Saringan Rabun warna |
|
Tingkatan 4 |
Saringan Thalassaemia dan anemia |
Pengoperasian Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
Perkhidmatan Kesihatan sekolah dilaksankan oleh Pasukan Kesihatan sekolah. Terdapat lebih dari 600 pasukan kesihatan sekolah di seluruh Malaysia. Setiap pasukan bertanggungjawab memastikan murid dalam kawasan operasi mereka. Lawatan akan dibuat ke sekolah-sekolah dalam kawasan operasi mengikut jadual lawatan yang telah dipersetujui oleh pihak pengurusan sekolah
Pada tahun 1998, Rancangan Kesihatan Sekolah telah diperkukuhkan dengan pengenalan Program Bersepadu Sekolah Sihat. Konsep yang diadaptasikan dari Health Promoting School dan healthy setting oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ini memperkenalkan 6 elemen yang perlu diwujudkan dalam ekosistem sekolah seperti dalam rajah 1.

Dengan mengaplikasi konsep PBSS, pihak pengurusan sekolah mengenal pasti isu berhubung kesihatan yang kritikal atau paling kerap berlaku di sekolah dan menetapkan iltizam menyelesaikan masalah melalui penetapan dasar jangka pendek bagi sekolah. perubahan dalam persekitaran sosial dan fizikal di sekolah serta memberi kemahiran kesihatan kepada warga sekolah. Matlamatnya adalah bagi membentuk persekitaran sekolah yang lebih kondusif. Bagi memasyarakatkan aktiviti kesihatan, kerjasama antara pihak pengurusan sekolah, persatuan ibu bapa dan guru, masyarakat adalah digalakkan. Pihak Jabatan Kesihatan pula berperanan memberi nasihat atau input berhubung kesihatan kepada pihak sekolah. Melalui pengurusan kesihatan yang bersistematik, pihak pengurusan sekolah boleh menilai keberkesanan intervensi kesihatan terhadap kesihatan fizikal, mental dan sosial murid di sekolah.