| JOHOR | SARAWAK | WP KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA | PAHANG | |||||||
| Bil. |
Nama Klinik | Bil. | Nama Klinik | Bil. | Nama Klinik | Bil. | Nama Klinik | |||
| JOHOR BAHRU | BAHAGIAN SIBU | 1 | KK Tanglin | LIPIS | ||||||
| 1 | KKIA Jalan Abdul Samad | 1 | KK Bawang Assan | 2 | KK Batu Muda | 1 | KKIA Kuala Lipis | |||
| 2 | KK Tebrau | 2 | KK Lanang | 3 | KK Jinjang | 2 | KK Benta | |||
| 3 | KK Kempas | 3 | KK Machan | 4 | KK Kuala Lumpur | 3 | KK Padang Tengku | |||
| 4 | KK Taman Sri Orkid | 4 | KK Sekuau | 5 | KK Presint 18, Putrajaya | 4 | KK Sg. Koyan | |||
| 5 | KK Larkin | BAHAGIAN MUKAH | 5 | KK Merapoh | ||||||
| 6 | KK Gelang Patah | 5 | KK Balingian | SELANGOR | 6 | KK Bukit Betong | ||||
| 7 | KK Majidee | 6 | KK Kuala Igan | Bil. |
Nama Klinik | 7 | KK Mela | |||
| 8 | KK Kg Temai | |||||||||
| 8 | KK Pasir Gudang | 7 | KK Belawai | PETALING | BENTONG | |||||
| 9 | KK Masai | 8 | KKIA Mukah (PKB Mukah) | 1 | KK Puchong | 8 | KK Bentong | |||
| 10 | KK Mahmoodiah | 9 | KK Kuala Oya | 2 | KK Seri Kembangan | 9 | KK Karak | |||
| 11 | KK Ulu Tiram | BAHAGIAN SARIKEI | 3 | KK Shah Alam | 10 | KK Lurah Bilut | ||||
| 12 | KK Tampoi | 10 | KK Julau | 4 | KK Kelana Jaya | 11 | KK Simpang Pelangai | |||
| KULAI | 11 | KK Pakan | 5 | KK Medan Maju Jaya | 12 | KK Mempaga | ||||
| 13 | KK Kulai | 12 | KK Sarikei | KLANG | ||||||
| 14 | KK Kulai Besar | BAHAGIAN KAPIT | 6 | KK Aneka | NEGERI SEMBILAN | |||||
| KOTA TINGGI | 13 | KK Belaga | 7 | KK Pandamaran | Bil |
Nama Klinik | ||||
| 15 | KK Air Tawar 2 | 14 | KK Kapit | 8 | KK Bukit Kuda | 1 | KK Seremban | |||
| 16 | KK Tg. Sedili | 15 | KK Song | HULU LANGAT | 2 | KK Seremban 2 | ||||
| 17 | KK Bandar Mas | BAHAGIAN KUCHING | 9 | KK Batu 9 | 3 | KK Senawang | ||||
| 18 | KK Sening | 16 | KK Sentosa | 10 | KK Bandar Baru Bangi | 4 | KK Sikamat | |||
| 19 | KKIA Kota Tinggi | 17 | KK Tanah Puteh | 11 | KK Kajang | 5 | KK Ampangan | |||
| 20 | KK Bandar Tenggara | 18 | KK Sematan | GOMBAK | 6 | KK Mantin | ||||
| 21 | KK Lok Heng | BAHAGIAN SAMARAHAN | 12 | KK Selayang Baru | ||||||
| 22 | KK Bukit Besar | 19 | KK Kota Samarahan | 13 | KK Sg Buloh | PERLIS | ||||
| MERSING | 20 | KK Sadong Jaya | 14 | KK Taman Ehsan | Bil. |
Nama Klinik | ||||
| 23 | KK Endau | 21 | KK Tebedu | SEPANG | KANGAR | |||||
| 24 | KK Jemaluang | 15 | KK Salak | 1 | KK Kangar | |||||
| 25 | KK Mersing Kanan | SABAH | 2 | KK Beseri | ||||||
| 26 | KK Tenggaroh 2 | Bil. |
Nama Klinik | 3 | KK Simpang Empat | |||||
| 27 | KK Tenglu | 1 | KK Tawau | 4 | KK UTC Kangar | |||||
| 28 | KK Nitar 1 (Felda) | 2 | KK Apas Balung | 5 | KK Kuala Perlis (P) | |||||
| 3 | KK Felda Umas-umas | 6 | KK Padang Besar (P) | |||||||
| 4 | KK Merotai Besar | 7 | KK Kampung Gial (P) | |||||||
| 5 | KK Semporna | 8 | KK Arau (P) | |||||||
| 9 | KK Kaki Bukit (P) | |||||||||
| 10 | KK Kuala Sanglang (P) | |||||||||
Teleprimary Care – Oral Health Clinical Information System (TPC-OHCIS)
Sistem TPC-OHCIS adalah sistem Rekod Perubatan Elektronik yang digunakan sebagai sistem operasi harian dan secara ‘real-time’ di fasiliti kesihatan primer Kementeriaan Kesihatan Malaysia. Ini bermaksud, di fasiliti kesihatan yang dilengkapi dengan sistem TPC-OHCIS, ia mengambil alih fungsi sistem klinikal lain yang digunakan untuk tujuan ‘data-entry’ (contohnya ‘sistem SMRP, Registri, eNotifikasi, dan sebagainya)
Latarbelakang sistem TPC-OHCIS
Salah satu inisiatif e-Health KKM bagi transformasi ICT adalah mengintegrasi dan menambah baik dua sistem Rekod Perubatan Elektronik yang digunakan secara berasingan di fasiliti penjagaan primer iaitu sistem Teleprimary Care (TPC) yang digunakan di klinik kesihatan, dan Oral Health Clinical Information System (OHCIS) yang digunakan di klinik pergigian. Sistem bersepadu Teleprimary Care- Oral Health Clinical Information System (TPC-OHCIS) telah dirintis di klinik kesihatan dan pergigian di daerah Seremban bermula pertengahan tahun 2017.
Sistem ini dibangunkan menggunakan teknologi tempatan iaitu secara kolaborasi dengan MIMOS Berhad dan merupakan harta intelek KKM bersama MIMOS. Kejayaan sistem ini membuktikan anak tempatan mampu menghasilkan produk yang dapat memenuhi keperluan KKM dalam menyokong penyampaian penjagaan kesihatan primer.
Sistem TPC-OHCIS menggantikan sistem legasi TPC yang telah digunakan sejak 2005 dan sistem legasi OHCIS yang telah digunakan sejak 2009. Dengan menggabungkan kedua-dua sistem ini menjadi satu satu, penjagaan kesihatan pelanggan menjadi lebih efisien dan ada ‘continuity of care’. Rekod Kesihatan Pelanggan adalah menjangkau penjagaan prenatal sehingga warga emas. (Womb to tomb).
Visi
Pelaksanaan rekod pelanggan secara elektronik sepenuhnya bagi menyokong transformasi penjagaan kesihatan.
Misi
Menyampaikan perkhidmatan penjagaan kesihatan primer secara bersepadu dengan cekap menggunakan teknologi maklumat terkini TPC-OHCIS.
Senibina sistem
Sistem TPC-OHCIS adalah sistem web-based dengan pangkalan data yang berpusat. Ia mempunyai kapasiti untuk beroperasi secara online, offline dan outreach mode (bagi Pasukan Kesihatan Sekolah dan Pasukan Klinik Bergerak). Ia juga mempunyai portal Self-Monitoring untuk kegunaan pelanggan tertentu.
Dengan adanya pangkalan data berpusat, setiap pelanggan cuma perlu didaftarkan satu kali sahaja ke dalam sistem dan rekod perubatan pelanggan boleh diakses oleh semua fasiliti kesihatan yang menggunakan sistem TPC-OHCIS, bagi menjamin penjagaan kesihatan yang berterusan.
Dibina bagi menyokong ‘structured data’, sistem ini mempunyai keupayaan untuk menjana reten dan laporan yang diperlukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sistem ini juga dihubungkan secara integrasi dengan sistem-sistem sokongan klinikal di fasiliti kesihatan seperti Lab Information System (LIS), Pharmacy Information System (PhIS) dan Computerised Radiography (CR). Sistem lain yang ada integrasi dengan TPC-OHCIS adalah eGL, eNotifikasi, SIMKA, MyHIX dan MyHDW.
Modul Aplikasi TPC merangkumi disiplin klinikal melibatkan penjagaan pesakit luar dan penjagaan oleh Pakar, iaitu:
- Perubatan Keluarga
- Perubatan
- Obstetrik & Ginekologi
- Pediatriks
- Dermatologi
- Epidemiologi
Aplikasi ini juga mengandungi modul perkhidmatan sokongan klinikal seperti:
- Farmasi
- Makmal
- X-ray
Konsep TPC adalah penjagaan tanpa sempadan: penjagaan yang diberi di klinik kesihatan boleh diakses di lokasi lain yang mengguna TPC. Setiap pesakit akan mempunyai identiti yang unik (TPC Number). TPC Number ini yang membolehkan pendaftaran dilakukan sekali sahaja tidak kira di lokasi mana. TPC merupakan aplikasi client based server yang dihubungkan melalui talian tetap dan satelit.
Dalam sistem TPC, pengurusan wellness dan illness adalah bersepadu dan terdapat pautan di antara Modul klinikal dan sokongan klinikal. Maklumat dapat dikongsi di antara fasiliti di dalam negeri yang sama dan di mana akses diberi. Ciri khas dalam TPC adalah modul epidemiologi.
Ciri-ciri Perisian TPC:
- Interoperability dengan sistem kesihatan lain
- Pembangunan secara modular berdasarkan keperluan
- Penyesuaian berdasarkan keperluan klinik dan disiplin klinikal
- Tetapan yang (configurability) membolehkan pengguna mengoptimumkan fungsi TPC.
Kebaikan kepada pesakit
- Pendaftaran pantas dan sekali sahaja mengguna MyKad dan MyKid
- Rekod dan maklumat pesakit dapat dikongsi oleh anggota kesihatan di mana pesakit mendapatkan perkhidmatan kesihatan (seamless care) sama ada di perkhidmatan primer atau pun sekunder.
- Meningkatkan akses kepada perkhidmatan Pakar bagi pesakit di kawasan pendalaman
- Dapat mengurangkan kos dan waktu perjalanan bagi janji temu dan rujukan. Pesanan ujian makmal dan preskripsi dapat dibuat secara jarak jauh.
- Meningkatkan keselamatan pesakit melalui penyimpanan rekod yang lebih efisien.
Kebaikan kepada pengguna
- Pengurusan pesakit lebih efisien melalui penjanaan rekod perubatan secara real time.
- Perkongsian rekod, maklumat kesihatan dan rawatan membolehkan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berterusan tanpa sempadan.
- Rekod kesihatan sepanjang hayat boleh dijana.
- Kawalan penyakit berjangkit dapat dijalankan dengan cepat melalui auto-notification.
- Careplan membolehkan integrasi kesemua data yang dimasukkan bagi seseorang pesakit dan dapat disimpan ke dalam satu skrin.
- Konsulatasi secara dalam talian di antara klinik kesihatan dan hospital serta garispanduan klinikal yang tersedia dalam system TPC membantu mengurangkan jurang digital bagi anggota kesihatan di kawasan pedalaman.
- Penjanaan laporan membolehkan pemantauan yang lebih efisien dan analisa situasi kesihatan dibuat.
- Pengurusan strategik perkhidmatan kesihatan dapat dibuat apabila semua fasiliti kesihatan di rangkaikan.