Kebaikan kepada pesakit
- Pendaftaran pantas dan sekali sahaja mengguna MyKad dan MyKid
- Rekod dan maklumat pesakit dapat dikongsi oleh anggota kesihatan di mana pesakit mendapatkan perkhidmatan kesihatan (seamless care) sama ada di perkhidmatan primer atau pun sekunder.
- Meningkatkan akses kepada perkhidmatan Pakar bagi pesakit di kawasan pendalaman
- Dapat mengurangkan kos dan waktu perjalanan bagi janji temu dan rujukan. Pesanan ujian makmal dan preskripsi dapat dibuat secara jarak jauh.
- Meningkatkan keselamatan pesakit melalui penyimpanan rekod yang lebih efisien.
Kebaikan kepada pengguna
- Pengurusan pesakit lebih efisien melalui penjanaan rekod perubatan secara real time.
- Perkongsian rekod, maklumat kesihatan dan rawatan membolehkan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berterusan tanpa sempadan.
- Rekod kesihatan sepanjang hayat boleh dijana.
- Kawalan penyakit berjangkit dapat dijalankan dengan cepat melalui auto-notification.
- Careplan membolehkan integrasi kesemua data yang dimasukkan bagi seseorang pesakit dan dapat disimpan ke dalam satu skrin.
- Konsulatasi secara dalam talian di antara klinik kesihatan dan hospital serta garispanduan klinikal yang tersedia dalam system TPC membantu mengurangkan jurang digital bagi anggota kesihatan di kawasan pedalaman.
- Penjanaan laporan membolehkan pemantauan yang lebih efisien dan analisa situasi kesihatan dibuat.
- Pengurusan strategik perkhidmatan kesihatan dapat dibuat apabila semua fasiliti kesihatan di rangkaikan.