Way Forward

Perkhidmatan akan dilaksanakan seperti yang dirancang dalam Plan Tindakan Penjagaan Kesihatan OKU 2011-2020 yang mempunyai tujuh (7) teras strategik:

  • Advokasi mengenai isu dan dasar-dasar berkaitan OKU
  • Meningkatkan akses kepada kemudahan dan perkhidmatan
  • Memperkasakan individu, keluarga dan masyarakat
  • Mengukuhkan kerjasama antara sektor
  • Memastikan tenaga kerja yang mencukupi dan cekap
  • Mempertingkatkan penyelidikan dan pembangunan
  • Pembangunan Program Kesihatan untuk jenis ketidakupayaan spesifik

 

Fokus bagi 2013 -2014 adalah peningkatan keupayaan dan pembangunan kemahiran insaniah di kalangan anggota kesihatan serta memperkukuhkan kerjasama antara agensi bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Bahan Pendidikan Kesihatan

Bahan pendidikan kesihatan telah disediakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat berkaitan pencegahan dan rawatan masalah ketidakupayaan

 

Resos berkaitan kanak-kanak berkeperluan khas:

  • Risalah Cerebral Palsy
  • Risalah Sindrom Down
  • Poster Autism
  • Poster Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)

Resos bagi Pencegahan Kebutaan

  • Penglihatan Terhad
  • Carta selak Kenali mata dan masalah mata

Resos untuk Pencegahan Kepekakan

  • Kebisingan punca kepekakan
  • Penanda buku – tahap kebisingan bahaya

Objektif & Akta

Objektif

Perkhidmatan yang disediakan adalah bagi memastikan penjagaan kesihatan yang komprehensif bagi orang kurang upaya untuk mencapai kesihatan yang optimum dan kebebasan maksimum. Ia disediakan melalui:

  1. penjagaan bersepadu yang termasuk; promosi kesihatan, pencegahan, pengesanan penyakit, rawatan awal dan pemulihan.
  2. Memberi kuasa kepada penjaga dan ahli keluarga dalam penjagaan kanak-kanak dan orang dewasa yang kurang upaya
  3. Jalinan kerjasama antara agensi bagi memastikan penyediaan penjagaan menyeluruh untuk OKU dan keluarga.

 

Polisi dan Akta berkaitan

a)    Dasar JKR 2007
b)    JKR Act 2008
c)    Konvensyen mengenai Hak Orang Kurang Upaya
d)    Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak
e)    Akta Kanak-kanak 2001

Subcategories