Way Forward

Perkhidmatan akan dilaksanakan seperti yang dirancang dalam Plan Tindakan Penjagaan Kesihatan OKU 2011-2020 yang mempunyai tujuh (7) teras strategik:

  • Advokasi mengenai isu dan dasar-dasar berkaitan OKU
  • Meningkatkan akses kepada kemudahan dan perkhidmatan
  • Memperkasakan individu, keluarga dan masyarakat
  • Mengukuhkan kerjasama antara sektor
  • Memastikan tenaga kerja yang mencukupi dan cekap
  • Mempertingkatkan penyelidikan dan pembangunan
  • Pembangunan Program Kesihatan untuk jenis ketidakupayaan spesifik

 

Fokus bagi 2013 -2014 adalah peningkatan keupayaan dan pembangunan kemahiran insaniah di kalangan anggota kesihatan serta memperkukuhkan kerjasama antara agensi bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan.