Visi
Remaja akan menikmati kehidupan yang sejahtera, berkualiti dan diperkasakan dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengamalkan tingkahlaku yang sihat.
MISI
Menyediakan perkhidmatan kesihatan yang menyeluruh dan optimum serta sokongan yang mencukupi untuk remaja, melalui peningkatan kesedaran, pengetahuan, kemahiran dan kerjasama antara agensi dengan masyarakat serta penglibatan remaja yang aktif dalam perancangan dan pelaksanaan perkhidmatan kesihatan yang mesra remaja.
Objektif Umum:
Merancang dan menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada semua remaja yang merangkumi aspek fizikal, mental, sosial dan spiritual untuk memperkasakan remaja ke arah pengamalan tingkahlaku yang sihat.
Objektif Khusus:
- Menyokong pembinaan golongan remaja yang bersemangat waja dengan menggalakkan cara hidup yang sihat dan bertanggungjawab.
- Mencegah gejala kesihatan akibat tingkahlaku berisiko dengan menggalakkan cara hidup sihat dan menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang bersesuaian.
- Menggalakkan penyertaan golongan remaja secara aktif dalam aktiviti penjagaan kesihatan dan pencegahan.
Perkhidmatan Teras:
- Promosi dan Pendidikan Kesihatan Remaja
- Saringan Kesihatan Remaja-BSSK/ R/ 2008 Pind 1/ 2014
- Rawatan
- Khidmat Nasihat/ Kaunseling
- Rujukan
Perkhidmatan Optional:
- Aktiviti kecergasan fizikal berkelompok
- Kaunseling pemakanan remaja, demonstrasi masakan sihat dll.
- Kaunseling berkelompok/ kaunseling keluarga
- Aktiviti promosi kesihatan spt pameran, seminar, kem kesihatan masyarakat dll.
- Kelab remaja, kelab kesihatan, Doktor Muda, PROSIS, PROSTAR, dll.