A. Dasar Kesihatan Remaja Negara
-
Dasar Kesihatan Remaja Negara telah dilancarkan pada 29 September 2001, oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
- Penyataan Dasar :
Menggalakkan dan memastikan pembangunan remaja supaya mereka menyedari tanggungjawab terhadap kesihatan diri sendiri, memperkasa remaja dengan pengetahuan dan kemahiran yang mantap bagi membolehkan mereka mengamalkan tingkah laku sihat melalui penyertaan yang aktif.
- Objektif :
- Menyokong pembinaan golongan remaja yang bersemangat waja dengan menggalakkan cara hidup yang sihat dan bertanggungjawab.
- Mencegah gejala kesihatan akibat tingkah laku berisiko dengan menggalakkan cara hidup yang sihat Negara dan menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang bersesuaian.
- Menggalakkan penyertaan golongan remaja secara aktif dalam aktiviti penggalakan kesihatan dan pencegahan.
-
7 Strategi Utama dalam Dasar Kesihatan Remaja Negara:
- Penggalakan kesihatan
- Perkhidmatan penjagaan kesihatan yang sesuai dan mudah diperolehi
- Pembangunan sumber manusia
- Mewujudkan sistem maklumat kesihatan remaja
- Penyelidikan dan pembangunan program yang berterusan
- Kerjasama strategik dengan agensi berkaitan bagi membangunkan program kesihatan remaja yang komprehensif
- Menyokong pembentukan peraturan dan undang-undang yang membawa manfaat kepada golongan remaja dan menyokong dasar-dasar yang menggalakkan kesihatan remaja.
B. Pelan Tindakan Kesihatan Remaja Kebangsaan
-
Pelan Tindakan Remaja Kebangsaan 2006-2020 dan semakan semula Pelan Tindakan Remaja Kebangsaan 2015-2020 telah dibangunkan untuk mengendalikan Polisi Dasar Kesihatan Remaja, dengan input daripada pelbagai agensi yang berkaitan. Aktiviti-aktiviti yang berasaskan 5 skop (fizikal, pemakanan, mental, kesihatan seksual, tingkahlaku berisiko), termasuk agensi-agensi bertanggungjawab, jangka masa dan petunjuk telah dikenal pasti untuk dilaksanakan selaras dengan 7 strategi yang digariskan dalam Dasar Kesihatan Remaja Negara.
- Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kesihatan Remaja Kebangsaan telah diwujudkan pada tahun 2008 bertujuan untuk memantau pelaksanaan Dasar Kesihatan Remaja Negara dan Pelan Tindakan Kesihatan Remaja Kebangsaan 2015-2020 yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam).