Skop Perkhidmatan

Skop perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Kesihatan Fizikal (seperti jerawat, panau, bau badan, migrain dll.)
  • Kesihatan Pemakanan (seperti obesiti, anemia, anoreksia, bulimia dll.)
  • Kesihatan Mental (seperti tekanan perasaan, masalah keluarga dll.)
  • Kesihatan Tingkah Laku (seperti merokok, alkohol, buli dll.)
  • Kesihatan Seksual dan Reproduktif (seperti senggugut, haid tak teratur dll.)

 

Polisi

A. Dasar Kesihatan Remaja Negara 

  • Dasar Kesihatan Remaja Negara telah dilancarkan pada 29 September 2001, oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

  • Penyataan Dasar :

Menggalakkan dan memastikan pembangunan remaja supaya mereka menyedari tanggungjawab terhadap kesihatan diri sendiri, memperkasa remaja dengan pengetahuan dan kemahiran yang mantap bagi membolehkan mereka mengamalkan tingkah laku sihat melalui penyertaan yang aktif.

  • Objektif :
  1. Menyokong pembinaan golongan remaja yang bersemangat waja dengan menggalakkan cara hidup yang sihat dan bertanggungjawab.
  2. Mencegah gejala kesihatan akibat tingkah laku berisiko dengan menggalakkan cara hidup yang sihat Negara dan menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang bersesuaian.
  3. Menggalakkan penyertaan golongan remaja secara aktif dalam aktiviti penggalakan kesihatan dan pencegahan.
  • 7 Strategi Utama dalam Dasar Kesihatan Remaja Negara:

  1. Penggalakan kesihatan
  2. Perkhidmatan penjagaan kesihatan yang sesuai dan mudah diperolehi
  3. Pembangunan sumber manusia
  4. Mewujudkan sistem maklumat kesihatan remaja
  5. Penyelidikan dan pembangunan program yang berterusan
  6. Kerjasama strategik dengan agensi berkaitan bagi membangunkan program kesihatan remaja yang komprehensif
  7. Menyokong pembentukan peraturan dan undang-undang yang membawa manfaat kepada golongan remaja dan menyokong dasar-dasar yang menggalakkan kesihatan remaja.

 

B. Pelan Tindakan Kesihatan Remaja Kebangsaan

  • Pelan Tindakan Remaja Kebangsaan 2006-2020 dan semakan semula Pelan Tindakan Remaja Kebangsaan 2015-2020 telah dibangunkan untuk mengendalikan Polisi Dasar Kesihatan Remaja, dengan input daripada pelbagai agensi yang berkaitan. Aktiviti-aktiviti yang berasaskan 5 skop (fizikal, pemakanan, mental, kesihatan seksual, tingkahlaku berisiko), termasuk agensi-agensi bertanggungjawab, jangka masa dan petunjuk telah dikenal pasti untuk dilaksanakan selaras dengan 7 strategi yang digariskan dalam Dasar Kesihatan Remaja Negara.

  • Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kesihatan Remaja Kebangsaan telah diwujudkan pada tahun 2008 bertujuan untuk memantau pelaksanaan Dasar Kesihatan Remaja Negara dan Pelan Tindakan Kesihatan Remaja Kebangsaan 2015-2020 yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam).

 

Perkhidmatan Kesihatan Remaja

Visi

Remaja akan menikmati kehidupan yang sejahtera, berkualiti dan diperkasakan dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengamalkan tingkahlaku yang sihat.

 

MISI

Menyediakan perkhidmatan kesihatan yang menyeluruh dan optimum serta sokongan yang mencukupi untuk remaja, melalui peningkatan kesedaran, pengetahuan, kemahiran dan kerjasama antara agensi dengan masyarakat serta penglibatan remaja yang aktif dalam perancangan dan pelaksanaan perkhidmatan kesihatan yang mesra remaja.

 

Objektif Umum:

Merancang dan menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada semua remaja yang merangkumi aspek fizikal, mental, sosial dan spiritual untuk memperkasakan remaja ke arah pengamalan tingkahlaku yang sihat.

 Objektif Khusus:

  • Menyokong pembinaan golongan remaja yang bersemangat waja dengan menggalakkan cara hidup yang sihat dan bertanggungjawab.
  • Mencegah gejala kesihatan akibat tingkahlaku berisiko dengan menggalakkan cara hidup sihat dan menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang bersesuaian.
  • Menggalakkan penyertaan golongan remaja secara aktif dalam aktiviti penjagaan kesihatan dan pencegahan.

 

Perkhidmatan Teras:

  • Promosi dan Pendidikan Kesihatan Remaja
  • Saringan Kesihatan Remaja-BSSK/ R/ 2008 Pind 1/ 2014
  • Rawatan
  • Khidmat Nasihat/ Kaunseling
  • Rujukan​

 

Perkhidmatan Optional:

  • Aktiviti kecergasan fizikal berkelompok
  • Kaunseling pemakanan remaja, demonstrasi masakan sihat dll.
  • Kaunseling berkelompok/ kaunseling keluarga
  • Aktiviti promosi kesihatan spt pameran, seminar, kem kesihatan masyarakat dll.
  • ​Kelab remaja, kelab kesihatan, Doktor Muda, PROSIS, PROSTAR, dll.