SOALAN LAZIM

  1. Tuan/ Puan boleh menghantar permohonan data kepada Seksyen Pusat Informatik Kesihatan, Bahagian Perancangan secara bertulis (surat/memo/e-mel). Sila nyatakan tujuan permohonan data diperlukan (penyediaan laporan, penerbitan, rujukan dalaman dsb).
  2. Permohonan data perbelanjaan kesihatan negara boleh dibuat melalui e-mel permohonan data ke mnha@moh.gov.my. Data juga boleh dimuat turun dari portal rasmi KKM di seksyen Penerbitan – LAPORAN PERBELANJAAN KESIHATAN NASIONAL (MNHA) menggunakan pautan ini: https://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/58?mid=19

Tiada sebarang caj dikenakan bagi setiap permohonan data.

  1. Terdapat 2 cara untuk membuat permohonan sebagai pengguna MyHDW:
    1. Mengisi borang permohonan KKM/MyHDW-01 (Pindaan 1.0/2021) yang boleh dimuat turun di portal MyHDW; dan
    2. Mengisi borang secara atas talian di portal MyHDW melalui ‘user registration’.

Tuan/ Puan boleh mendapatkan laporan dan penerbitan KKM di portal Kementerian Kesihatan Malaysia (Menu: Penerbitan>Penerbitan Utama KKM) dan MyHDW (Menu: Publications>Folder public_publications).

Sila rujuk laman web PekaB40 (Klik sini)

  • Satu rekod kesihatan elektronik yang mengandungi maklumat kesihatan dan perubatan seseorang individu yang dijana, dikumpul, diurus dan/atau dirujuk oleh pembekal perkhidmatan kesihatan di dalam sesebuah organisasi.
  • EMR adalah bagi menggantikan rekod perubatan manual (kertas) dalam sistem pengurusan pesakit selaras dengan era pendigitalan ketika ini.
Baca lagi

Sila rujuk Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan Malaysia

Fasiliti boleh mengemukakan surat permohonan dan borang KKA/2008 kepada Jabatan Kesihatan Negeri bagi mendapatkan kelulusan Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga. Setelah kelulusan diperoleh, borang KKA/2008 hendaklah dihantar ke Seksyen Pusat Informatik Kesihatan, Bahagian Perancangan.

Bagi projek-projek fasiliti kesihatan yang telah diluluskan, Seksyen Perancangan Fasiliti Kesihatan akan menerima notifikasi penyediaan MBoR melalui Bahagian Pembangunan. MBoR akan disediakan mengikut garis panduan dan masa yang ditetapkan. Deraf MBoR akan dikemukakan kepada Ketua Unit atau pengawai kanan yang diberi kuasa untuk menyemak dan mempersetujui deraf. Semakan dan pengesahan dokumen deraf MBoR akan dilakukan oleh Ketua Unit, Timbalan Pengarah Seksyen Perancangan Fasiliti Kesihatan dan seterusnya untuk kelulusan Pengarah Bahagian Perancangan.MBOR yang telah diluluskan akan dikemukakan kepada Bahagian Pembangunan.