




BENGKEL PEMURNIAN INPUT TEKNIKAL SMART HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
22–23 Julai 2026
Seksyen Perancangan Fasiliti Kesihatan, Bahagian Perancangan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Input Teknikal Smart Hospital KKM pada 22 hingga 23 Julai 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat PIK, Aras 6, Blok E7, Kompleks E, Putrajaya.
Bengkel ini telah menghimpunkan wakil dari 10 Program dan Bahagian di KKM bagi membincangkan, menyelaras dan memperhalusi perkara-perkara teknikal berkaitan konsep Smart Hospital KKM. Input teknikal yang dibincangkan melalui bengkel ini akan dijadikan asas dalam pembangunan Kertas Konsep Smart Hospital KKM, yang masih di peringkat awalan.
Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen KKM dalam memperkukuh perancangan pembangunan hospital yang lebih pintar, bersepadu dan berfokuskan pesakit melalui pendekatan yang sistematik, inklusif dan berpandangan jauh.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua peserta, fasilitator dan urus setia atas komitmen, kerjasama serta sumbangan idea sepanjang bengkel ini.
#kementeriankesihatanmalaysia
#bahagianperancangan
#perancangkesihatan
#hospitalpintar
#MalaysiaMadani
#smarthospitalkkm
... See MoreSee Less


