AKTIVITI

Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons

Perancangan kesihatan negara harus berteraskan keperluan sebenar dan praktikal

PUTRAJAYA: Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib mengadakan perjumpaan bersama Bahagian Perancangan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai fungsi serta peranan strategik bahagian tersebut dalam merangka hala tuju pembangunan sektor kesihatan negara.

Dalam sesi tersebut, YB Timbalan Menteri menerima taklimat ringkas dan komprehensif berkaitan skop tugas, perancangan semasa serta kerangka pelaksanaan projek-projek pembangunan di bawah kementerian. Taklimat itu turut menyentuh cabaran dan kekangan yang dihadapi dalam memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan secara berkesan dan menepati keperluan semasa.

YB Timbalan Menteri menegaskan bahawa setiap perancangan perlu disusun secara rasional, praktikal dan realistik dengan mengambil kira situasi terkini serta kemampuan pelaksanaan di lapangan. Beliau turut memberi penekanan bahawa pendekatan perancangan tidak boleh bersifat umum semata-mata, sebaliknya mesti berteraskan keperluan sebenar fasiliti kesihatan dan komuniti setempat.

Menurut beliau, keutamaan harus diberikan kepada impak langsung dan bersifat jangka panjang terhadap rakyat, termasuk aspek akses, kapasiti perkhidmatan dan kualiti penyampaian kesihatan awam. Sehubungan itu, beliau komited untuk memastikan hala tuju perancangan KKM terus diperkasa agar selari dengan aspirasi memperkukuh sistem kesihatan negara demi kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.
... See MoreSee Less

Baca Lagi

SUDUT MAYA BAHAGIAN PERANCANGAN