Pembekal Program

PEMBERITAHUAN

PENGGUNAAN SISTEM MATA CPD BAHARU BAGI PROFESION OPTOMETRIS DAN JURUOPTIK BERKUATKUASA 1 JANUARI 2024

 Mulai 1 Januari 2024, Majlis Optik Malaysia akan menggunakan Sistem Mata Kredit CPD yang baharu bagi penetapan mata CPD profesion optometris dan juruoptik.

Pihak pembekal program CPD (provider) hendaklah menganjurkan program CPD yang mematuhi kriteria yang ditetapkan dalam Sistem Mata Kredit CPD yang baharu.

Penganjuran program CPD di bawah kategori A1, A2 dan A3 wajib mendapatkan pengesahan daripada Majlis Optik Malaysia (MOC) sebelum program dijalankan. Sekiranya program CPD (A1, A2, A3) dijalankan tanpa memohon penetapan mata CPD, peserta, penceramah dan fasilitator tidak boleh menuntut mata CPD daripada MOC.

Sila klik link ini untuk maklumat lanjut:

  1. Surat Pemberitahuan Pembekal Program
  2. Template CPD yang baharu

 

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
Facebook
Instagram
Tiktok