APC

Perakuan Pengamalan Tahunan (APC)

Pendahuluan

Semua optometris dan juruoptik berdaftar yang berhasrat untuk mengamalkan optometri di Malaysia hendaklah memohon untuk mendapatkan Perakuan Pengamalan Tahunan (APC) mengikut tempoh waktu yang telah ditetapkan oleh MOC.

Juruoptik atau optometris berdaftar dikehendaki mempamerkan APC tahun semasa mereka di premis tempat menjalankan amalan optometri. APC hendaklah dipamer di tempat yang mudah dilihat oleh pelanggan. Tujuannya adalah untuk memberi kesedaran dan mendidik pelanggan supaya memilih orang yang bertauliah dalam pemeriksaan mata.

Panduan

  Majlis Optik Malaysia telah menyediakan garis panduan untuk rujukan pemohon :

     • Garis Panduan Bagi Permohonan Perakuan Pengamalan Tahunan (APC)

Statistik

     • Jumlah Pengamal Berdaftar yang memperbaharui APC mengikut Profesyen.      • Jumlah Pengamal Berdaftar yang memperbaharui APC mengikut Tahun. Tarikh kemaskini: 27/8/2025
Sebarang pertanyaan berkenaan APC, boleh hubungi:
Unit APC
Sektor Pendaftaran
Majlis Optik Malaysia
0388831398
apc.moc01@gmail.com
Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
Facebook
Instagram
Tiktok