Perancangan Penjagaan Awal (ACP)
Bahagian Perkembangan Perubatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Kompleks E, Presint 1
W.P. Putrajaya
Menu
Perancangan Penjagaan Awal (ACP)
Bahagian Perkembangan Perubatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Kompleks E, Presint 1
W.P. Putrajaya

Perancangan Penjagaan Awal (ACP) adalah perancangan proaktif oleh seseorang yang masih sihat dari segi mental, selepas berbincang di kalangan orang tersayang, menyatakan hasratnya secara bertulis perihal sejauh mana rawatan perubatan yang dia sanggup terima atau tolak di masa hadapan, seandainyanya keadaan kesihatannya merosot sehingggakan tidak mampu mengambil keputusan sendiri. Dalam situasi sedemikian, adalah diharapkan Perawat Kesihatan (Healthcare Providers, HCP) dan orang tersayang mereka menghormati hasrat mereka sejauh mungkin. Perbincangan ini bukan mudah untuk dizahirkan dan selalunya kompleks. Panduan berguna yang mengandungi maklumat yang mampu menjawab soalan lazim dan menangani pertanyaan khusus diperlukan.
Keputusan ini harus dibuat berpandukan maklumat yang betul tentang keadaan, pandangan dan prognosis pesakit. Oleh itu, perbincangan dengan Perawat Kesihatan (Healthcare Providers, HCP) adalah perlu sebelum membuat keputusan ini. Dalam pada itu, sebarang perubahan pada keputusan yang dibuat sebelum ini juga seharusnya dibincang dengan Perawat Kesihatan yang merawat.
Lazimnya, hasil perbincangan ini ditulis dalam borang tertentu untuk dirujuk semula bila diperlukan atau untuk dimaklumkan kepada Perawat Kesihatan (HCP) bila perlu. Dokumentasi perbincangan dan keputusan yang dibuat adalah penting, khasnya untuk pesakit yang mengalami keadaan semakin melemahkan maupun keadaan klinikal semakin merosot. Namun, keperluan untuk mendokumentasi sebarang keputusan tidak seharusnya mengatasi keperluan untuk mengadakan sebarang perbincangan ACP; Lumrahnya, keputusan sedemikian memerlukan masa untuk munasabah dan pertimbangan selanjutnya. Perbincangan harus diteruskan tanpa halangan.
Tapak web ini bertujuan memberi panduan am kepada masyarakat umum tentang Perancangan Penjagaan Awal ( ACP ) di Malaysia dan berhasrat untuk meningkatkan kesedaran dan persepsi terhadap ACP di kalangan rakyat Malaysia.
Program untuk Perancangan Penjagaan Awal ( ACP ) merangkumi aktiviti yang diarahkan kepada komuniti bersasarkan Penduduk Awam, inisiatif yang diarahkan oleh Hospital yang ditujukan kepada Pesakit dengan diagnosis penyakit yang semakin melemahkan, dan kepada Hospis serta Kemudahan Penjagaan Kejururawatan bagi mereka yang berada di peringkat akhir kehidupan.
Semua aktiviti mendorong Perancangan Penjagaan Awal ( ACP ) yang ditujukan kepada umum mestilah jelaskan keraguan mereka, ditujukan kepada kesihatan awam dan Pertubuhan Bukan Kerajaan ( NGO ), dan disampaikan melalui media sosial dan kempen kesedaran awam yang lain. Ini tidak boleh berasaskan doktor atau berpusatkan hospital. Ini ialah skop utama komponen tapak web ini.
Perancangan Penjagaan Awal ( ACP ) berkenaan Pesakit yang mengalami penyakit yang semakin melemahkan secara berperingkat, mesti disertai orang tersayangnya bersama Doktor yang merawatnya, di mana perbincangan merangkumi jangkaan prognosis, matlamat rawatan dan sasaran yang dipersetujui bersama. Ianya di luar skop am laman sesawang ini dan lazimnya diliputi dalam komunikasi secara peribadi antara Perawat Kesihatan dan Pesakit bersama orang tersayang. Perbincangan ACP melibatkan Perawat Kesihatan mungkin menggabungkan penolakan kaedah rawatan tertentu, petunjuk skop atau lokasi Penjagaan Akhir Hayat dan secara amnya sebarang jenis penjagaan atau penolakan penjagaan juga akan diliputi dalam perbincangan terperinci ini. Itu di luar skop tapak web ini. Mereka yang memerlukan bantuan dalam hal ini hendaklah diarahkan kepada perbincangan dengan Perawat Kesihatan mereka.
Ini bermaksud saya melihat maklumat dan panduan ini sebagai seorang Doktor yang merawat serta memberi nasihat kepada orang lain yang mungkin memerlukannya dalam kapasiti profesional. Saya faham bahawa setiap pesakit mungkin berbeza dan setiap keadaan patut dipertimbangkan secara individu untuk memenuhi kepentingan dan kehendak pesakit yang terbaik.
Ini bermaksud saya melihat maklumat dan panduan ini sebagai orang yang memberi bantuan kepada orang tersayang dan mereka yang di bawah jagaan saya; Saya selalunya orang yang menghabiskan paling banyak masa dengan Pesakit saya dan mungkin boleh memahami atau membantu untuk menyampaikan hasratnya dengan lebih mudah. Saya sedia membantu dalam penjagaan terbaik Pesakit saya pada setiap peringkat penyakitnya. Justeru itu, hajat saya adalah melayani kepentingan dan kehendak Pesakit yang terbaik.
Saya Seorang Individu Ini bermaksud saya melihat maklumat dan panduan ini sebagai individu biasa, tak kira samada saya sihat atau kurang upaya, memerlukan bantuan perubatan atau tidak. Saya faham bahawa Perancangan Penjagaan Awal ( ACP ) adalah secara sukarela sepenuhnya, tanpa paksaan setiap masa. Pada dasarnya, ia adalah rancangan komunikatif yang dibincang sesama ahli keluarga untuk melaksanakan hasrat saya menjelang akhir hayat, tanpa mengambil kira bila perkara tersebut mungkin berlaku. Dalam pelbagai cara, kebanyakan orang telah mendapati proses membuat pelan Perancangan Awal mengarifkan dan memperkasakan; ianya boleh dilakukan pada mana-mana umur, mana-mana peringkat kehidupan dan anda boleh ubah fikiran anda bila-bila masa – hanya pastikan anda berkomunikasi perubahan ini dengan cara yang sama kepada orang tersayang. Saya akur setiap insan adalah berbeza, setiap pandangan mungkin berbeza dan setiap situasi layak dipertimbangkan secara individu; muktamadnya, kita semua berhasrat untuk berkhidmat demi kepentingan dan kehendak terbaik untuk Pesakit.