Majlis Apresiasi Sumbangan Peralatan Perubatan dari Kerajaan Jepun melalui Bantuan Japan’s Grant Aid 2020

9 Jun 2022, Majlis Apresiasi Sumbangan Peralatan Perubatan dari Kerajaan Jepun melalui Bantuan Japan’s Grant Aid 2020 telah disempurnakan oleh H.E Duta Besar Jepun ke Malaysia, H.E Takahashi Katsuhiko dan YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia bertempat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. Sumbangan berjumlah Y500 juta (RM19.3 juta) yang diberikan Kerajaan Jepun pada 10 November 2021 adalah bertujuan bagi membantu negara dalam menangani penularan wabak Covid-19 di hospital-hospital KKM.

Sumbangan ini akan dan telah ditempatkan di beberapa jabatan seperti Jabatan Kecemasan & Trauma, Jabatan Anestesiologi (ICU) dan Jabatan Radiologi. Oleh itu, 81 hospital KKM telah dikenal pasti hasil pandangan dan cadangan TKPK(P) dan ketua-ketua perkhidmatan perkhidmatan yang terlibat untuk menempatkan 248 unit alat perubatan yang disumbangkan oleh Kerajaan Jepun. Semoga hubungan erat Kuala Lumpur- Tokyo ini akan dapat diteruskan demi kelestarian sistem kesihatan negara.