Pada 9hb Jun 2022, YBhg Dato’ Dr Asmayani Khalib, TKPK telah merasmikan majlis sambutan World Hand Hygiene Day 2022 Peringkat Kebangsaan & Seminar Pencegahan dan Kawalan Infeksi di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah. Program ini dianjurkan oleh Unit Kawalan Infeksi, Bahagian Perkembangan Perubatan KKM dengan kerjasama JKN Sabah dan Persatuan Kawalan Infeksi dan Antimikrobial Sabah. Turut hadir sama ialah YBhg. Datuk Dr. Rose Nani Mudin, Pengarah JKN Sabah, YBhg. Dato’ Dr. Mahiran Mustafa, Ketua Perkhidmatan Klinikal Penyakit Berjangkit, KKM serta beberapa Pengarah Hospital di Sabah.
Seramai 350 jumlah peserta yang terdiri daripada doktor dan jururawat telah menghadiri dan memeriahkan sambutan World Hand Hygiene Day tersebut. Tema sambutan World Hand Hygiene Day pada tahun ini adalah A health care “quality and safety climate or culture” that values hand hygiene and IPC dengan slogan “Unite for safety: clean your hands”. Program ini bertujuan utk memberi kesedaran kepada HCW terhadap kepentingan amalan hand hygiene bagi mengawal penyebaran penyakit berjangkit termasuk COVID-19 serta memperkukuhkan pengetahuan anggota kesihatan berkaitan IPC.




