6 Mei 2023 : Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) dijemput menyampaikan key note address dengan tema “Together Again: From Evidence to Reality” yang antara lain menekankan kepentingan dan peranan teknologi dalam membantu Malaysia memastikan perkhidmatan yang diberikan jururawat bidang perbidanan ini terus lancar sewaktu pandemik COVID-19.
Tema tersebut juga bertepatan dengan kesedaran peri pentingnya pengetahuan dan amalan perubatan berdasarkan bukti kajian.
Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur di atas kejayaan penganjuran persidangan peringkat antarabangsa pada tahun ini. Semoga persidangan ini memberi pendedahan dan input baru kepada semua peserta serta membantu meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

