Medical Development Division

Perancangan Penjagaan Awal (ACP)

Bahagian Perkembangan Perubatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Kompleks E, Presint 1
W.P. Putrajaya

BM

Adakah ini Eutanasia ?

Tidak. Sama sekali tidak. ACP langsung tidak bertujuan membantu sesiapa sahaja untuk mati.

Adakah ini mendorong mempercepatkan kematian ?

Tidak. Meninggal dunia adalah proses semula jadi. Perancangan Penjagaan Awal ( ACP ) tidak mempercepatkan atau mengganggu proses ini. Sebaliknya, ia mungkin membantu setakat mengurangkan simptom yang dialami oleh pesakit.

Bagaimana ia berbeza dengan bunuh diri ?

Berbeza sama sekali.

Bunuh diri adalah tentang merancang untuk menamatkan nyawa. ACP adalah tentang cara mengharungi baki jangka hayat dengan lebih baik, lebih selesa dan lebih terkawal.

Adakah ini bertentangan dengan tanggungjawab agama saya?

Kebanyakan pihak berkuasa agama utama di negara lain telah mengeluarkan kenyataan sokongan terhadap Perancangan Penjagaan Awal.

Di Malaysia, perjanjian perundingan telah dibuat dengan semua pihak berkuasa agama utama mengenai mekanisma Perancangan Penjagaan Awal.

Adakah ini melanggar undang-undang?

Walaupun Perancangan Penjagaan Awal belum lagi termaktub secara terperinci dalam peruntukan undang-undang sedia ada; mekanisma ini memang mempunyai asas dalam undang-undang, kerana ia memerlukan keupayaan mental untuk memberikan persetujuan dan dimaklumkan sepenuhnya, dokumentasi untuk menyokongnya dengan saksi dan keupayaan untuk mengubah fikiran sekiranya berkehendak.
Ini disifatkan sebagai persuasif di sisi undang-undang di peringkat antarabangsa dan ia sudah tentu TIDAK melanggar undang-undang.

Bagaimana ia berbeza dengan bunuh diri ?

Berbeza sama sekali.

Bunuh diri adalah tentang merancang untuk menamatkan nyawa. ACP adalah tentang cara mengharungi baki jangka hayat dengan lebih baik, lebih selesa dan lebih terkawal.