Pada 13-14hb Jun, satu Taklimat Garispanduan POMR 2022 telah dijalankan oleh Unit Audit Klinikal, CKPP bersama 112 orang koordinator POMR daripada 60 buah hospital (Semenanjung Malaysia) telah diadakan di Auditorium KDN, Putrajaya.
Sesi dimulakan dengan pembentangan Garis Panduan POMR 2022 yang baru dikemaskini bagi mengukuhkan pengetahuan berhubung pelaporan POMR di kalangan koordinator hospital. Sesi diteruskan dengan soal-jawab serta perkongsian pengalaman dan cabaran di lapangan sebagai input penambahbaikan bagi pelaksanaan POMR di hospital-hospital berpakar di Malaysia. Semoga POMR terus mampan di lapangan sebagai salah satu aktiviti penambaikan kualiti di Malaysia yang menjadi sebahagian daripada agenda Global Surgery 2030.


