17-18 Ogos 2022:
Ketua Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan, Bahagian Perkembangan Perubatan telah mengadakan lawatan penyeliaan bagi Program Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Di Hospital Slim River. Lawatan ini bertujuan untuk memantau pelaksanaan aktiviti OSH di hospital. Terima kasih Dr Sivanandarajah Satgunam (Pengarah Hospital) , Dr Nor Nadiah Zulkifle (Ketua Unit) dan pasukan atas kerjasama yang telah diberikan.
Program diikuti dengan hari kedua iaitu Seminar Commuting Accident Road Safety ( CARS’S) Peringkat Hospital Slim River(HSR) anjuran UKKP Hospital Slim River. Peserta terdiri daripada kakitangan HSR & Pejabat Kesihatan Daerah Muallim. Penceramah daripada agensi lain seperti MIROS dan JPJ juga dijemput untuk memberikan informasi kepada peserta seminar.
Tujuan seminar adalah untuk memberikan kesedaran dan pengetahuan kepada kakitangan kesihatan mengenai keselamatan jalanraya. Selain itu memberikan informasi kepada Pegawai Kenderaan ,Penyelia dan Pemandu Kenderaan berkaitan pemanduan berhemah dan penyelenggaraan kenderaan.
Tahniah diucapkan kepada Hospital Slim River!


