3 Jun 2022 – YBhg. Dato’ Dr. Mohd Fikri bin Ujang telah merasmikan ‘3rd National Training Of Paediatric Palliative Programme (NTP)’ di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Program ini adalah salah satu usaha untuk mengembangkan perkhidmatan Paliatif Pediatrik di Malaysia. Inisiatif ini selaras dengan ‘National Palliative Care Strategy 2019-2030’. Kursus yang dihadiri oleh wakil dari hospital-hospital, klinik-klinik kesihatan dan NGO negeri Selangor adalah bertujuan untuk menyediakan penjagaan holistik dan komprehensif untuk kanak-kanak yang menghidap penyakit yang mengehadkan jangka hayat. Di samping itu, perkhidmatan Paliatif Pediatrik juga dapat memberi sokongan yang amat diperlukan kepada ahli keluarga dan penjaga mereka. Kursus pertama seumpama ini telah diadakan di Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur pada November 2021 dan diikuti oleh kursus di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban pada Mac 2022. Kursus NTP bagi negeri-negeri lain di Malaysia telah dirancang dan akan diadakan pada masa akan mendatang.



