Mantan Pengarah

Sejak penubuhannya pada tahun 1981, Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan (BPKj), Kementerian Kesihatan Malaysia, telah dipacu oleh barisan kepimpinan yang berwibawa dan berwawasan dalam mengemudi perkhidmatan kejuruteraan kesihatan negara ke arah kecemerlangan yang berterusan.

Laman ini diwujudkan khusus untuk merakam penghargaan dan mengenang jasa para pengarah yang telah menerajui BPKj sejak lebih empat dekad lalu. Sumbangan mereka dalam memperkukuh tadbir urus teknikal, memperkasa kecekapan logistik, serta memperkenalkan inovasi kejuruteraan dalam sistem kesihatan awam telah menjadi tunjang kepada kemampanan dan keberkesanan perkhidmatan kesihatan di seluruh negara.

Kepimpinan yang diterapkan oleh para pengarah terdahulu bukan sahaja membentuk struktur organisasi yang kukuh, tetapi juga mencerminkan komitmen tinggi terhadap misi Kementerian Kesihatan dalam menjaga kesejahteraan rakyat melalui prasarana kesihatan yang selamat, berkualiti dan lestari.

Bahagian ini kini diterajui oleh Ir. Ts. Huszian bin Husin, yang meneruskan kesinambungan kepimpinan strategik dalam mendepani cabaran semasa dan masa hadapan. Dengan penuh rasa hormat, kami menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengarah terdahulu atas dedikasi, integriti dan khidmat bakti yang telah menyumbang kepada kecemerlangan BPKj sehingga ke hari ini.

“Kepimpinan yang kukuh, warisan yang berharga — demi kesihatan negara yang berdaya tahan.”

Tuan Haji Yahaya bin Saad
Tuan Haji Yahaya bin SaadPengarah Kelapan (2022- 2023)
  • Permulaan Projek Pembaikan dan Naiktaraf Klinik Daif
  • Pengenalan Video Korporat BPKj
Tuan Haji Md. Jalal Bin Bongkik
Tuan Haji Md. Jalal Bin BongkikPengarah Keenam (2014 - 2018)
  • Permulaan Program Penswastaan Khidmat Sokongan Klinik (PSK)
  • Permulaan Program Medical Equipment Enhancement Tenure (MEET)
  • Pengurusan Aset Tak Alih (PATA)
Dato' lr. Kazal Sinha
Dato' lr. Kazal SinhaPengarah Keempat (2005 - 2007)
  • Pemantapan standard dan prosedur CWMS & CLS di bawah PSH
  • Pewujudan Pihak berkuasa Peranti Perubatan KKM
Datuk Ir. Lum Weng Kee
Datuk Ir. Lum Weng KeePengarah Kedua (1983 - 1994)
  • Pengukuhan perkhidmatan JKU di KKM & KPKT
  • Pengambilalihan perkhidmatan Kejuruteraan Hospital KKM dari JKR
  • Penubuhan Jabatan Pembentungan di KPKT
Ir. Tauran Zaidi bin Ahmad Zaidi
Ir. Tauran Zaidi bin Ahmad ZaidiPengarah Ketujuh (2018 - 2022)
  • Pewujudan Malaysian Standard (MS) bagi perkhidmatan sokongan hospital
  • Pewujudan Program Certified Health Facilities Management (CHFM)
  • Pengenalan Baju Korporat BPKj
Datuk Chin Goo Chai
Datuk Chin Goo ChaiPengarah Kelima (2007 - 2014)
  • Pemantapan Pengurusan Kejuruteraan M&E bagi Khidmat Sokongan Hospital
  • Pengambilalihan projek-projek Pembangunan Hospital dan Klinik KKM dari JKR
Datuk Ir. Dr. M.S. Pillay
Datuk Ir. Dr. M.S. PillayPengarah Ketiga (1994 - 2005)
  • Pakar Perunding Kejuruteraan Kesihatan Umum
  • Penswastaan Perkhidmatan Sokongan Hospital
  • Pewujudan Jawatan Kader JKU KKM di KPKT bagi isu kesihatan umum bandar
  • Program ISO di BPKj
Tuan Sekarajasekaran A/L Arasaratnam
Tuan Sekarajasekaran A/L ArasaratnamPengarah Pertama (1981 - 1983)
  • Pewujudan Jawatan Jurutera Kesihatan Umum (JKU) di KKM
  • Pewujudan Program Kawalan Mutu Air Minuman
  • Pewujudan Jawatan Kader JKU KKM di KPKT bagi isu kesihatan umum bandar

Informasi tAMBAHAN

Portal rasmi ini merupakan perkongsian maklumat mengenai program-program, aktiviti-aktiviti, kegiatan sosial dan kebajikan di BPKj. Selain itu, portal ini juga merangkumi penyediaan maklumat atas talian, direktori pegawai, pautan jabatan dan agensi luar yang berkaitan.