LATAR BELAKANG

Sejarah Penubuhan


Unit Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1968. Tujuan utama unit ini ditubuhkan adalah bagi melaksana dan memantau Program Kebersihan Alam Sekitar Luar Bandar (Rural Environmental Sanitation Programme, RESP).

Pada tahun 1976, RESP telah diperkembangkan kepada Program Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS) di bawah Rancangan Malaysia Ketiga (RMK-3) di semua negeri dan pada tahun yang sama juga tertubuhnya Unit Keselamatan Sinaran.

Pada tahun 1980, Unit Kejuruteraan Hospital telah diwujudkan. Pada tahun 1981, Unit Kejuruteraan telah dinaiktarafkan kepada Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan (BPKj) yang terdiri daripada BAKAS (Semua Negeri), Unit Keselamatan Sinaran dan Unit Kejuruteraan Hospital (Semua Negeri).

Pada tahun 1983, Program Kawalan Mutu Air Minum (KMAM) telah diwujudkan di semua peringkat Jabatan Kesihatan Negeri dan diletakkan di bawah kawalseliaan BPKj.

Pada tahun 1996, Program Perlindungan Kesihatan Alam Sekitar (PEKA) dan Keselamatan Sinaran telah diwujudkan di peringkat negeri serta Unit Kawalselia Perkhidmatan Sokongan Hospital ditubuhkan pada tahun yang sama. Pada tahun ini juga BPKj telah mula melaksanaan Projek Baru dan Naiktaraf Fasiliti Kesihatan dan Perubatan di peringkat Ibu Pejabat KKM.

Pada tahun 2007, BPKj telah diperkembangkan lagi dengan kewujudan Seksyen Operasi Hospital, Seksyen Operasi Klinik, dan Unit Penjagaan Kesihatan Swasta (UPKS).

Pada tahun 2019, Pengurusan berkaitan Sisa dan Hygiene telah diwujudkan bagi menambahbaik perkhidmatan sediada.

Sehingga tahun 2023, program dan aktiviti yang terletak di bawah tanggungjawab BPKj adalah seperti berikut:

  1. Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH)

  2. Perkhidmatan Sokongan Klinik (PSK)

  3. Pelaksanaan Projek Baru, Pembaikan dan Naiktarf

  4. Medical Equipment Enhance Tenure (MEET)

  5. national Environmental Action Plan (NEHAP)

  6. Unit Penjagaan Kesihatan Swasta (UPKS)

  7. Pengurusan Aset Tak Alih (PATA)

  8. Pembaikan dan Senggara Kuarters

  9. BAKAS

  10. KMAM

  11. PEKA

  12. Pengeursan Sisa & Hygiene

Informasi tAMBAHAN

Portal rasmi ini merupakan perkongsian maklumat mengenai program-program, aktiviti-aktiviti, kegiatan sosial dan kebajikan di BPKj. Selain itu, portal ini juga merangkumi penyediaan maklumat atas talian, direktori pegawai, pautan jabatan dan agensi luar yang berkaitan.