MISI, VISI DAN OBJEKTIF
Visi
Menjadi sebuah organisasi yang terdiri daripada pasukan kerja profesional yang berpengetahuan, cekap dan berkemahiran tinggi di dalam memberi perkhidmatan kejuruteraan dan saintifik yang berkualiti dan berinovatif di Kementerian Kesihatan Malaysia
Misi
Memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada:
Pembangunan dasar yang berkaitan dengan kesihatan persekitaran dan perkhidmatan kejuruteraan fasiliti kesihatan.
Perancangan, pelaksanaan dan pemantauan aktiviti kesihatan persekitaran, perkhidmatan kejuruteraan fasiliti dan peralatan biomedikal, perkhidmatan pembersihan, pembekalan linen dan pengurusan sisa klinikal serta perkhidmatan penyelenggaraan fasiliti kesihatan.
Perancangan, pelaksanaan, penyeliaan projek-projek fizikal di fasiliti kesihatan.
Objektif
Merancang dan melaksanakan program-program berkenaan dengan keselamatan kesihatan
Memastikan bahawa Program Pemantauan Kualiti Air Minum Kebangsaan dilaksanakan seefektifnya dalam memastikan keselamatan kesihatan pengguna
Memastikan Program Sanitasi Persekitaran Luar Bandar dilaksanakan dan dipelihara seefektifnya supaya air minum adalah selamat dan sanitasi diperolehi oleh setiap golongan masyarakat Luar BandarMenyediakan perkhidmatan teknikal yang berkualiti untuk pelaksanaan projek pembangunan dan keseluruhan aspek kejuruteraan dan peralatan perubatan
Koordinat dan memantau program pembaikpulihan dan pemuliharaan terhadap bangunan-bangunan dan pusat kemudahan Kementerian Kesihatan Malaysia dan untuk menyediakan nasihat teknikal yang mana berkenaan,Menyediakan perkhidmatan dalam pelaksanaan Program Kualiti Assuran dan aktiviti keselamatan radiasi dan juga memastikan peralatan radiasi dan bahan-bahan radioaktif mematuhi kehendak dan tahap keselamatan
