Sektor KEJURUTERAAN AIR DAN SANITASI
BAHAGIAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Aktiviti Sektor Kejuruteraan Air dan Sanitasi mempunyai tiga program utama yang merangkumi Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekililing (BAKAS), Program Kawalan Mutu Air Minum (KMAM) dan Unit Pencemaran Air (UPA).
Fungsi-Fungsi Sektor Kejuruteraan AIr dan Sanitasi:
- Untuk merancang, melaksana, memantau dan menyelaras program kesihatan yang berbentuk pencegahan melalui penerapan prinsip-prinsip dan kaedah kejuruteraan kesihatan alam sekitar.
- Untuk memperbaiki kebersihan alam sekitar di kawasan luar bandar dan mengurangkan penyakit bawaan air.
- Menentukan semua bekalan air awam selamat.
- Menentukan kesihatan alam sekitar dipelihara melalui pengurusan sempurna sisa pepejal, sisa klinikal dan sisa toksik.
- Melindungi kesihatan orang awam melalui perancangan, rekabentuk, pelaksanaan, operasi dan penyenggaraan sistem air kumbahan yang baik.
- Melindungi kesihatan orang awam daripada kualiti udara dan persekitaran dalaman yang kurang baik.
UNIT | TAJUK | TARIKH KEMASKINI | PAUTAN RUJUKAN |
|---|---|---|---|
KMAM | PIAWAIAN KUALITI AIR MINUM | 2023 | |
UPA | GARIS PANDUAN PEMANTAUAN KUALITI KOLAM RENANG | 2017 | |
Hubungi Kami
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
BAHAGIAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN
ARAS 3-7, BLOK E3, PARCEL 3, PRESINT 1,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62590 PUTRAJAYA, MALAYSIA
03-8000 8000
BAHAGIAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN
ARAS 3-7, BLOK E3, PARCEL 3, PRESINT 1,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62590 PUTRAJAYA, MALAYSIA
03-8000 8000











































