Kementerian Kesihatan bersama-sama dengan BAKTI telah membangunkan manual bagi memupuk gaya hidup sihat yang memberi tumpuan kepada pemakanan sihat dan senaman untuk memperkasa OKU dan penjaga / ibu bapa di PDK.
"Garis Panduan dan Manual Aktiviti PDK KU SIHAT" telah dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 23 Jun 2011 di Pulau Carey, Selangor. Perkhidmatan ini telah diperkukuhkan lagi apabila ia dimasukkan di bawah National Blue Ocean Strategy7: 1Malaysia Family Care Penjagaan Keluarga - "menyediakan holistik penjagaan kesihatan dan sokongan sosial untuk warga emas, OKU dan ibu tunggal"
Terdapat 468 PDK dibawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan anggaran 20,000 OKU menggunakan fasiliti ini. KKM menyediakan perkhidmatan kesihatan di PDK bagi memastikan OKU sihat dan produktif
Kakitangan kesihatan yang menyediakan perkhidmatan dalam kawasan operasi klinik kesihatan melalui program PDK KU SIHAT. Pada tahun 2012, kakitangan kesihatan telah melawat 447 PDK dan menyediakan perkhidmatan bagi 13.344 OKU.
Kakitangan kesihatan memberi tunjuk ajar kepada petugas PDK dalam teknik pengurusan OKU, menyediakan menu sihat, memberi nasihat mengenai penyediaan makanan yang sihat dan mengajar aktiviti fizikal yang selamat.
