Postnatal : Tempoh postnatal adalah setelah uri dilahirkan sehingga hari ke 42 selepas bersalin. Penjagaan dan perawatan ibu postnatal diberikan di rumah mengikut jadual dalam tempoh setelah discaj dari hospital sehingga hari ke 20 dan seterusnya pemeriksaan dan perawatan dilakukan di klinik pada hari ke 30 (sebulan).
Objektif:
- Memberi penjagaan dan perawatan dalam pencegahan, diagnosis awal dan rawatan bagi sebarang komplikasi yang berlaku kepada ibu dan bayi baru lahir dalam tempoh postnatal
- Mengesan dan merujuk awal kepada pakar jika terdapat sebarang keadaan luarbiasa
- Memastikan bayi diberi penyusuan susu ibu dengan memberi sokongan dan kaunseling penyusuan susu ibu dan merujuk jika berlaku keadaan luarbiasa
- Memberi kaunseling pemakanan ibu dan suplimen jika perlu
- Memberi kaunseling kontraseptif dan imunisasi bayi kepada ibu dan pasangannya