Penjagaan antenatal bermula dari ibu disahkan hamil sama ada melalui pengiraan hari pertama haid terakhir bagi ibu yang tahu kitaran haidnya atau pemeriksaan urin atau ultrasound. Pemeriksaan awal kehamilan sangat penting bagi memastikan pemeriksaan dan rawatan awal. Pelan pengendalian antenatal dapat dirancang bagi menjamin kesihatan ibu dan janin yang sihat sehingga saat melahirkan.
Objektif:
- Memberi penjagaan ibu mengandung termasuk pemeriksaan, saringan faktor risiko, rujukan kepada pakar jika berkaitan, memberi imunisasi serta pendidikan kesihatan semasa lawatan ibu ke klinik dan lawatan ke rumah bagi ibu berisiko.
- Pemantauan dan surveilan kandungan ibu dan janinnya dengan memantau pertumbuhan dan perkembangan janin dalam kandungan
- Mengurangkan kejadian mortaliti dan mortaliti ibu dan bayi