Klinik kesihatan menyediakan perkhidmatan kecemasan asas yang sistematik dan berkualiti untuk menggalakkan penyembuhan awal penyakit dan mengelakkan komplikasi.
Skop perkhidmatan termasuklah
- Menilai dan menentukan keutamaan (triaging) semua kes kemalangan dan kecemasan yang dirujuk/ datang ke klinik kesihatan
- Melaksanakan resusuitasi ke atas kes-kes kritikal dan tenat
- Menstabilkan kes kritikal sebelum dirujuk ke hospital
- Memberi rawatan kecemasan kepada kes bukan kritikal
Klinik Kesihatan juga menyediakan perkhidmatan ambulans untuk kes kemalangan, kecemasan perubatan, pembedahan atau obstetric.