Perkhidmatan ini adalah untuk memastikan kanak-kanak sentiasa sihat dan dapat mencapai tahap tumbesaran dan perkembangan yang optimum dan menjadi orang dewasa yang produktif untuk keluarga, masyarakat dan negara. Ia disediakan melalui:
penjagaan kesihatan kanak-kanak secara bersepadu, termasuk promosi kesihatan, pencegahan, pengesanan penyakit, rawatan awal dan rehabilitasi.
Melibatkan setiap penjaga dan ahli keluarga dalam penjagaan kanak-kanak.
Mempromosi pembangunan institusi keluarga yang sihat.