Jadual Lawatan Ke Klinik

Jadual Lawatan Ke Klinik

Bayi dan kanak-kanak perlu hadir klinik mengikut jadual yang telah ditetapkan mengikut gambar rajah di bawah. Kehadiran ke klinik mengikut jadual adalah penting untuk menilai tahap kesihatan bayi dan kanak-kanak iaitu sama ada berat, tinggi, tahap perkembangan motor kasar, halus, pendengaran dan penglihatan serta psikososial adalah bersesuaian dengan umur.

Sekiranya terdapat sebarang kelainan berat badan atau perkembangan daripada sepatutnya yang capai mengikut umur kanak-kanak, rawatan/intervensi awal akan diberikan. Pengesanan awal adalah penting supaya rawatan/intervensi dan penjagaan yang bersesuaian dapat diberikan untuk mengurangkan morbiditi dan kematian di kalangan kanak-kanak.

Ibu bapa juga dapat berbincang dengan anggota kesihatan jika mereka berpendapat bayi dan kanak-kanak mempunyai masalah khusus. Janji temu susulan akan diberi oleh anggota kesihatan untuk hadir ke klinik seterusnya.

Jumpaan atau dapatan semasa sesi di klinik akan dicatat ke dalam Buku Rekod Kesihatan Kanak-kanak (0-6 tahun).

Jadual lawatan klinik untuk bayi dan kanak-kanak 

Umur

Kekerapan  Lawatan

0-6 Bulan

Setiap Bulan

6-12 Bulan

2 bulan sekali

1-<2 Tahun 

3 bulan sekali

2-4 Tahun 

6 bulan sekali

5-6 Tahun

Setiap tahun