Kelab Warga Emas

KELAB WARGA EMAS

Kelab Warga Emas merupakan satu inisiatif untuk menggalakkan penglibatan komuniti dan badan bukan kerajaan dalam penjagaan warga emas. Setakat 2017, terdapat 233 buah Kelab Warga Emas yang bernaung di bawah Klinik Kesihatan induk di seluruh Malaysia.

Objektif khusus penubuhan Kelab Warga Emas ialah:

  • Mewujudkan dan memperkukuhkan Kelab Warga Emas dalam komuniti
  • Memperkukuhkan kerjasama antara komuniti, badan bukan kerajaan dan badan kerajaan
  • Mengenal pasti peranan dan tanggungjawab komuniti dalam penjagaan kesihatan warga emas.]

 

Penubuhan Kelab Warga Emas

Untuk maklumat lanjut berkaitan penubuhan Kelab Warga Emas di Klinik Kesihatan, sila rujuk Garis Panduan Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas Di Peringkat Daerah, Klinik Kesihatan dan Penglibatan Komuniti, Edisi 3 (Bahagian C- Garis Panduan Penglibatan Komuniti Dalam Penjagaan Kesihatan Warga Emas ). 

 

Keahlian Kelab Warga Emas

Sila ke Klinik Kesihatan yang berhampiran untuk menjadi ahli atau untuk mendapatkan maklumat berkenaan Kelab Warga Emas yang berhampiran dengan kawasan anda.

Akta/Dasar

 

  1. Dasar Warga Emas Negara
  2. Dasar Kesihatan Warga Emas Negara
  3. Pelan Tindakan Kesihatan Warga Emas

Kumpulan sasar & Perkhidmatan yang disediakan

KUMPULAN SASAR

Warga Emas Lelaki dan Wanita

Di Malaysia golongan warga emas ditakrifkan sebagai seseorang yang berumur 60 tahun dan ke atas. Takrifan ini digunapakai oleh Malaysia, berikutan dari World Assembly On Ageing, Vienna 1982.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Perkhidmatan yang diberikan di klinik-klinik kesihatan di seluruh negara ini merangkumi: 

  1. Pendaftaran warga emas.
  2. Promosi dan pendidikan kesihatan.
  3. Saringan dan penilaian kesihatan.
  4. Pemeriksaan perubatan, konsultasi, rawatan dan rujukan.
  5. Lawatan dan perawatan di rumah.
  6. Rawatan pemulihan / Rehabilitasi (pemulihan anggota/fisioterapi dan terapi carakerja).
  7. Aktiviti rekreasi, sosial dan kebajikan melalui Kelab Warga Emas di Klinik Kesihatan.

 

Antara masalah kesihatan yang disaring adalah: 

  1. Tekanan darah,
  2. Kandungan gula (glukosa) dalam darah.
  3. Berat badan dan tinggi bagi menentukan Indeks Jisim Tubuh (Body Mass Index, BMI).
  4. Kefungsian kehidupan harian (activities of daily living, ADL).
  5. Risiko untuk jatuh,
  6. Inkontinen (tidak dapat mengawal pembuangan air kecil dan air besar).
  7. Fungsi kognitif iaitu untuk mengesan kemungkinan mengalami masalah nyanyuk (dementia).