Buku Rekod Kesihatn bayi dan Kanak-kanak(0-6Tahun)
Semua bayi yang dilahirkan di hospital KKM akan diberi buku rekod ini sebelum dibenarkan pulang (discaj) dan adalah percuma.
Sekiranya semasa discaj bayi tidak diberi buku ini sila dapatkan dari pegawai yang bertugas di wad-wad hospital tempat bersalin.
Buku ini memberi panduan, pengetahuan dan nasihat kepada ibu bapa/penjaga dalam pelbagai aspek jagaan anak. Contohnya, tanda-tanda amaran bayi atau kanak-kanak memerlukan rawatan segera di Klinik atau Hospital. Jenis makanan yang sesuai mengikut umur kanak-kanak juga disenaraikan. Jadual imunisasi dan jadual untuk membawa anak ke klinik juga dipaparkan.
Buku Rekod ini perlu dibawa bersama setiap kali bayi atau kanak-kanak hadir ke klinik dan hospital sama ada kerajaan/swasta.
Anggota perawat akan mencatat maklumat berikut semasa setiap sesi lawatan bayi dan kanak-kanak di klinik kesihatan, Klinik Swasta, KKIA, K1Malaysia, Klinik Desa, Hospital Kerajaan/Swasta;-
i) segala jumpaan / dapatan pemeriksaan kesihatan
ii) rawatan yang diberikan
iii) jenis imunisasi dan tarikh suntikan imunisasi
iv) tarikh susulan