Bidang Kuasa Panel Penasihat Kesihatan
- Panel Penasihat Kesihatan berfungsi dengan berlandaskan kepada konsep musyawarah dan perkongsian pintar, di mana perjumpaan yang kerap diatur bagi membolehkab pertukaran dan pandangan diadakan.
- Panel Penasihat boleh merancang, melaksana dan menilai sebarang aktiviti yang berkaitan dengan kesihatan bagi kepentingan penduduk setempat asalkan tidak menyentuh aspek-aspek teknikal dan pentadbiran atau bertentangan dengan dasar-dasar dan peraturan-peraturan Kementerian Kesihatan dan Kerajaan Malaysia.
- Pejabat Kesihatan Daerah/Jabatan Kesihatan Negeri/Ibu pejabat KKM berhak meminda keputusan yang dibuat oleh Panel Penasihat.
- Setiap ahli panel hendaklah sentiasa bersikap terbuka dan bertanggungjawab khususnya dalam merancang aktiviti-aktiviti yang boleh dimanafaatkan oleh masyarakat. Pengerusi panel boleh mmeninta bantuan daripada mana-mana ahli untuk menjalankan aktiviti/projek yang dipersetujuai itu.
- Bidang tugas panel penasihat merangkumi memberi nasihat dan bantuan kepada pesakit di dalam merujuk mereka ke klinik kesihatan atau hospital kerajaan.