Aktiviti Yang Dilaksanakan
Diantara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh Panel Penasihat adalah seperti berikut:
- Menganjurkan Hari Terbuka di klinik kesihatan bagi mendedahkan dan mendekatkan masyarakat kepada aktiviti-aktiviti yang dikehendaki di klinik tersebut.
- Menganjurkan kempen, pemeriksaan kesihatan perubatan, ceramah dan dialog kesihatan berjadual di lokasi-lokasi strategik di dalam kawasan operasi.
- Menganjurkan aktiviti-aktiviti gotong-royong sama ada di klinik kesihatan, kawasan-kawasan awam yang lain atau di kawasan-kawasan awam yang lain atau di kawasan penempatan bagi menggalakkan penjagaan alam sekitar yang bersih.
- Menggalakkan penglibatan anggota masyarakat menjalankan beberapa aktiviti mudah seperti mengukur tinggi/berat, `defaulter tracing’ dan lain-lain sama ada di klinik atau di kawasan penempatan khususnya apabila diadakan kempen atau lawatan kesihatan bergerak.
- Membantu dalam melibatkan anggota masyarakat dalam menyebarkan maklumat kesihatan dengan tepat, mudah, murah, cepat dan berkesan.
- Membantu dalam memberikan khidmat nasihat kesihatan kepada anggota masyarakat yang menghadapi risiko tinggi supaya segera mendapatkan rawatan.
- Membantu mengembeling sumber yang terdapat di dalam masyarakat untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti menambahbaikkan kemudahan-kemudahan kesihatan khususnya untuk keselesaan dan kesejahteraan pengguna.
- Membantu mengenal pasti anggota masyarakat setempat yang boleh dilatih dalam beberapa aspek kesihatan bagi membolehkan mereka menjadi sukarelawan kesihatan yang mampu mengendalikan aspek pencegahan dan rawatan penyakit ringan.
- Lain-lain aktiviti yang boleh mendatangkan kebaikan kepada masyarakat tetapi tidak bertentangan dengan polisi Kementerian Kesihatan Malaysia.