Copyright 2026 - BAHAGIAN SAINS KESIHATAN BERSEKUTU

 

PEGAWAI DIETETIK

 

KETUA DAN TIMBALAN KETUA PROFESION SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KKM BAGI TEMPOH JANUARI 2024 - DISEMBER 2025

 

KETUA PROFESION

Nama

Puan Hasliza binti Hassan

Alamat Tempat Bertugas

Hospital Tengku Ampuan Rahimah
Jalan Langat
41200 Klang
Selangor

E-mel

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 


TIMBALAN KETUA PROFESION

Nama

Puan Harizah binti Mohd Yaacob

Alamat Tempat Bertugas

Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga 
Aras 7, Blok E10

Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya
WP Putrajaya

E-mel

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

 

PENGENALAN PROFESION PEGAWAI DIETETIK

Perkhidmatan dietetik di KKM bermula sejak tahun 1953. Lantikan pertama jawatan Pegawai Dietetik adalah di Hospital Kuala Lumpur dengan nama jawatan Penyelia Jenis Makanan (PJM) berkelulusan diploma lanjutan. Jawatan PJM yang berijazah kemudiannya telah dinaiktaraf kepada kategori Pengurusan dan Profesional (Gred A22) pada tahun 1980. Kumpulan ini merupakan graduan luar negara.

Pada 1982,  Pegawai Dietetik telah mula ditempatkan di Institut Kesihatan Umum (IKU). Tugas utama Pegawai Dietetik di IKU adalah dalam bidang pendidikan pemakanan untuk pelatih Jururawat Masyarakat dan Inspektor Kesihatan. Lanjutan dari itu,  skop tugas Pegawai Dietetik telah bertukar kepada aspek penyelidikan yang dianggap sebagai tulang belakang kepada profesion dietetik. Pegawai Dietetik perlu sentiasa membuat justifikasi keberkesanan intervensi diet yang diberikan kepada pesakit. Oleh yang demikian, wujud keperluan mengintegrasikan penyelidikan ke dalam rutin penjagaan pemakanan klinikal pesakit.Pada tahun 1988, Universiti Kebangsaan Malaysia  telah mengeluarkan  seramai 10 graduan dietetik pertama dan tujuh daripadanya memulakan perkhidmatan di KKM. Sehingga kini 88 (62.0%) daripada 142 hospital di bawah KKM, menyediakan perkhidmatan dietetik.

Bertanggungjawab merancang dan melaksana  perkhidmatan klinikal dietetik dan komuniti, perancangan dalam penyediaan makanan berzat, diet teraputik dan menepati saranan Hospital Diet Manual, konsultasi diet kepada pesakit yang memerlukan medical nutrition therapy, merancangdan melaksanakan aktiviti latihan, kualiti  dan penyelidikan berkaitan serta menjadi pakar rujuk berkaitan perkhidmatan dietetik klinikal.

Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu

Kementerian Kesihatan Malaysia

Aras 2, Blok A,

Bangunan Utama Chancery Place, Jalan Diplomatik 2,

Presint Diplomatik, Presint 15,

62050 Putrajaya.

Faks : 03-8890 1060

Tel  : 03-88901011

Emel : bskb@moh.gov.my

Laman Web : https://moh.gov.my/alliedhealth/

 

PENGIKTIRAFAN DAN PENSIJILAN

 

 

Terma dan Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Hakcipta @2017 Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu,Kementerian Kesihatan Malaysia

Sesuai dipapar menggunakan IE Versi 8.0 & ke atas dan
Mozilla Versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768