Copyright 2026 - BAHAGIAN SAINS KESIHATAN BERSEKUTU

Sekretariat Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu

 

Fungsi Sekretariat Majlis

  • Mendaftar dan mengeluarkan perakuan kepada pengamal berdaftar.
  • Menentukan kelayakan Profesion Kesihatan Bersekutu.
  • Menentukan keperluan dan prasyarat bagi Profesion Kesihatan Bersekutu.
  • Mengawalselia etika dan tatakelakuan profesional pengamal berdaftar.
  • Mengawalselia Amalan Profesion Kesihatan Bersekutu

 

Terdiri daripada 3 Unit, iaitu:-

 

1) Unit Pendaftaran:

Fungsi :

  • Menyelaras,melaksanakan dan memantau aktiviti permohonan danpengeluaran sijil pendaftaran pengamal kesihatan bersekutu untuk warganegara bagi memastikan pengamal kesihatan bersekutu diperakukan untuk mengamaldalambidangkesihatan bersekutu.
  • Menyelaras,melaksanakan dan memantau aktiviti permohonan dan pengeluaran perakuan amalan pengamal kesihatan bersekutu untuk warganegara bagi memastikan pengamal kesihatan bersekutu berdaftar kompeten untuk memberikan perkhidmatan jagaan kesihatan secara selamat dan berkualiti.
  • Menyelaras,melaksanakan dan memantau aktiviti permohonan dan pengeluaran perakuan amalan sementara pengamal kesihatan bersekutu untuk bukan warganegara bagi memastikan pengamal kesihatan bersekutu bukan warganegara kompeten untuk memberikan perkhidmatan jagaan kesihatan secara selamat dan berkualiti.

 2) Unit Akreditasi Dan Kepakaran:

Fungsi :

  • Menyelaras dan melaksanakan aktiviti dan kursus berkaitan Akreditasi Program Pengajian Kesihatan Bersekutu oleh Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) bagi memastikan program yang ditawarkan mencapai standard yang ditetapkan oleh MQA-MPKBM.
  • Menyemak dan mengesahkan permohonan mata kredit CPD pengamal kesihatan bersekutu di sektor swasta bagi memastikan pengamal mengekalkan tahap kompetensi agar penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan.
  • Menyemak dan mengesahkan aktiviti pembekal CPD bagi memastikan aktiviti yang dijalankan adalah telus dan berkredibiliti.
  • Menyelaras, melaksanakan dan memantau aktiviti permohonan dan pengeluaran sijil pendaftaran pakar kesihatan bersekutu bagi memastikan pengamal kesihatan bersekutu berdaftar kompeten untuk memberikan perkhidmatan jagaan kesihatan secara selamat dan berkualiti.

 

 3) Unit Displinari Dan Etika:

Fungsi :

  • Menyelaras, melaksanakan dan mengurus aktiviti penerimaan aduan, siasatan dan prosiding tatatertib terhadap pengamal berdaftar bagi memastikan setia paduan diambil tindakan mengikut kuasa tatatertib Majlis.

Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu

Kementerian Kesihatan Malaysia

Aras 2, Blok A,

Bangunan Utama Chancery Place, Jalan Diplomatik 2,

Presint Diplomatik, Presint 15,

62050 Putrajaya.

Faks : 03-8890 1060

Tel  : 03-88901011

Emel : bskb@moh.gov.my

Laman Web : https://moh.gov.my/alliedhealth/

 

PENGIKTIRAFAN DAN PENSIJILAN

 

 

Terma dan Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Hakcipta @2017 Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu,Kementerian Kesihatan Malaysia

Sesuai dipapar menggunakan IE Versi 8.0 & ke atas dan
Mozilla Versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768