JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN
KETUA DAN TIMBALAN KETUA PROFESION SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KKM BAGI TEMPOH JANUARI 2024 - DISEMBER 2025
KETUA PROFESION
| Nama |
Puan Wan Nor Azma binti Wan Salleh |
| Alamat Tempat Bertugas |
Hospital Sungai Buloh |
| E-mel |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
TIMBALAN KETUA PROFESION
| Nama |
Encik Mohd Nazri bin Ismail |
| Alamat Tempat Bertugas |
Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) |
| E-mel |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
PENGENALAN JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN
Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) adalah profesion yang berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di fasiliti-fasiliti seperti Jabatan Patologi Hospital, Makmal Kesihatan Primer dan institusi-institusi KKM antaranya Pusat Darah Negara, Institut Penyelidikan Perubatan, Institut Kanser Negara serta Makmal Kesihatan Awam.
Profesion JTMP berada di dalam kumpulan pelaksana Skim Perkhidmatan Awam. Skim perkhidmatan JTMP diletakkan di bawah klasifikasi perkhidmatan perubatan dengan kod U. Skim ini bermula dengan gred U29 sehingga U40. Syarat lantikan ke gred U29 ialah Diploma Teknologi Makmal Perubatan.
Fungsi utama profesion JTMP adalah menjalankan ujian-ujian diagnostik di makmal-makmal Jabatan Patologi hospital dan makmal kesihatan primer bagi menghasilkan keputusan ujian yang membantu pegawai perubatan membuat diagnosis terhadap sesuatu penyakit. Ujian diagnostik ini dilakukan ke atas pelbagai jenis sampel seperti darah, urin, bendalir badan, tinja (stool) dan sampel tisu yang bergantung kepada bidang perkhidmatan dan disiplin di makmal patologi. Di samping menjalankan ujian diagnostik di hospital dan makmal kesihatan primer, JTMP juga menjalankan tugasan di institusi lain di KKM antaranya Makmal Kesihatan Awam, Pusat Darah Negara, Institut Kanser Negara dan Institut Penyelidikan Perubatan.



